Sunday, January 4, 2009

HEPIE 2009

Happy New year

Happy New Year | Forward this Picture

ingin sekali aku berada di sana...

ingin sekali aku berada disana,
menyelami perasaan tiap mereka,
rakyat2 yg dihimpit peperangan,
merasai penderitaan mereka,
yg hidup dalam kesengsaraan,
yg berterusan...

ingin sekali aku berada disana,
bersama dengan anak2 kecil,
mengesat air mata,
air mata kesakitan dan kedukaan,
yg setiap hari semakin galak,
jatuh gugur di bumi mereka.

ingin sekali aku berada disana,
memberikan kucupan mesra,
kepada para ibu yg kehilangan,
permata hati mereka,
akibat kezaliman penjajah,
yg dahagakan darah.

ingin sekali aku berada disana,
untuk memiliki semangat mereka,
pemuda-pemudi harapan agama,
semangat membara tanpa gentar,
semangat untuk berjuang,
mempertahankan negara dan kesucian Islam.

ingin sekali aku berada disana,
menjadi salah seorang syahidah,
berjuang demi fisabillilah,
mempertahankan agama ALLAH,
dari belenggu syaitan2 durjana!!

ingin sekali aku berada disana,
melihat peperangan dan kemusnahan ini,
tiada lagi di bumi mereka,
kerana aku ingin lihat,
sinar harapan yg semakin malap,
bersinar demi Tuhan,
Allahu Akbar! Allahu Akbar!

nukilan,
gadis gerimis

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan