Tuesday, July 7, 2009

Hargailah Masa Yang Ada..

Setiap perjalanan hidup ini pasti akan terhenti. Sebab saat terbinanya kehidupan, kita telah ditetapkan masa yang secukupnya buat kita. Kadang kita tidak sedar, semakin hari masa yang tinggal buat kita semakin singkat. Kita terhenti diperjalanan waktu. Kerana kita anggap masa yang berlalu itu sebenarnya satu kenangan. Tapi masa itu sebenarnya adalah satu ketetapan yang perlu kita hargai..

Setiap saat itu tinggi nilainya. Justeru hargailah masa yang masih ada buat kamu. Janganlah bazirkan tanpa kita mengisi waktu kehidupan kita dengan perkara yang amat bermakna. Apabila kita menoleh kebelakang, kita masih mampu tersenyum kerana kita tahu masa kita itu amat memberikan sejuta makna kepada kehidupan kita....

Sunday, July 5, 2009

Susah Bila Kita Anggap Ianya Susah...

Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Itulah ungkapan azimat yang telah lama digunakan. Namun kita tidak sedar. Apabila kita sedar, semuanya telah terlambat. Saya mengungkap kata ini tatkala membaca akhar mengenai Isu Kampung Buah Pala. Malang sungguh nasib mereka apabila kerajaan negeri lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab. Nampaknya hak kita sebagai rakyat semakin diabaikan. Saya rasa semakin susah untuk kita bersuara....

Lumrah nyata, justeru pada siapa lagi yang mahu membela nasib rakyat yang semakin tercela?...Samalah kita memikirkan jalan yang terbaik buat kita. Andai sudah kerajaan tidak lagi memandang, lebih baik kita sebagai rakyat bertindak pula...

Saturday, July 4, 2009

Saat Terbinalah Kehidupan..

"Kita hidup ini, umpama buah kelapa. Apabila sudah tua, tunggu masa untuk gugur. Tapi kita kena ingat, buah kepala yang mudapun gugur juga dipetik orang. Kalau dah sampai ajal. Tidak kira tua atau muda. Sesaatpun tidak sempat bertangguh"..Justeru, kita kena menghargai kehidupan kita di atas muka bumi ini.

Manusia ini, mudah sangat lupa dan kurang bersyukru. Tanpa kita sedar, setiap hati kita bernafas dan terus bernafas dengan oksigen percuma kurniaan Yang Maha Esa. Sedarkah kita?..Jarang sekali kita bersyukur. Acapkali bila kita sedar, semuanya sudah terlewat. Saan nyawa di hujung nafas. Barulah kita sedar hakikat yang terlewat..

Saya menyeru bukan hanya pada diri saya. Tapi untuk kesedaran kita bersama. Hidup ini umpama yang berputar. Kadang kita diatas. Kita sukar menoleh ke bawah. Kadang kita pula di bawah. Malah kita rasa resah kerana sukar untuk naik ke atas. Lumrah kehidupan, perlulah kita terima seadanya. Allah tidak akan menguji di luar batas kemampuan manusia. Selagi akal waras berfikir. Selagi itulah kita masih mampu meneruskan kehidupan. Ingatlah " Selagi jantung berdenyut, selagi itulah iman akan diuji"....

Friday, July 3, 2009

Jangan Berjanji, Andai Tak Mampu Tunaikan.....

Lumrah hidup ini, manusia sering menaburkan janji. Memberikan harapan kepada orang lain. Tetapi mereka tidak sedar hakikat sebalik ketika mereka tidak mampu untuk menunaikan janji tersebut. Alangkah kecewanya seseorang itu andai janji yang terpateri dimungkiri....

Saya mengambil contoh yang mudah. Seorang doktor sedang merawat seorang pesakitnya. Sedangkan dia tahu pesakitnya itu sudah mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh. Lalu dia memberikan harapan dimana penyakit itu akan sembuh. Sedangkan dia menipu untuk meneruskan sisa kehidupan pesakitnya itu..Mungkin penilainya, satu perkara biasa. Tapi penahkah dia tahu bahawa kesakitan andainya diri dikhianati?...

Hal yang sama selalu berlaku ketika pilihanraya. Saya bukanlah seorang ahli politik. Apatah lagi menceburinya. Mungkin satu hari nanti. Tapi saya amat kecewa dengan ahli pilihanraya ini. Hanya pandai berjanji, tapi lakukan dan kotakannya tidak. Selepas menang pilihanraya rakyat diabaikan. Saya amat kecewa. Tambah-tambah lagi hak yang berlaku sekarang. Dimanakah hak kita sebagai rakyat?..........
Renungilah dengan hati yang tenang..........

Bila Hati Sudah Benci....

Benarlah kata orang, Bila kita sukakan sesuatu. Kita akan bermati-matian untuk dapatkannya. Namun bila hati menjadi benci, kita semakin lupa diri. Cinta yang terlahirpun kita sanggup musuhinya. Inilah hal yang perlu kita terima....

Saya bukanlah seorang yang arif dalam ilmu percintaan. Namun saya bercakap bersandarkan kenangan dan pengalaman kehidupan. Kenapa setiap kali berlaku kes penceraian, wanita selalu salahkan lelaki. Sedangkan hakikatnya mereka tidak sedar. Kebanyakkannya adalah kesilapan mereka sendiri. Sukar untuk kita mentafsir kehidupan. Kadang yang indah itu, pahit kita rasa. Begitu juga sebaliknya.

Saya mencari makna diri. Dulu, bila kita diperlukan. Kita akan dihampiri. Disayangi, namun bila kita dibenci. Pengorbanan lalu dilupakan selaras dengan perjalanan kehidupan. Saya bercakap atas dasar persahabatan. Justeru, semoga semua kita sedar. Allah tidak pernah membenci umatnya. Walaupun kita acapkali melakukan dosa dan kejahatan yang tercela...Renungilah dengan akal yang waras. Agar terbina kehidupan yang terindah...

Salam Bahagia...

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan