Tuesday, May 18, 2010

Senyuman Itu Merawat Kesepian..

Kata orang, bila kita tersenyum. Semua masalah kita akan hilang. Ya, itulah hakikat yang sebenarnya. Setiap kali ketawa itu datang, hati kita akan dipenuhi dengan rasa bahagia. Saat itu, kita akan pejamkan mata & hilangkan segala duka dihati.

Menanti hari itu, amat sukar. Bahagia itu ada, namun kita yang tidak mahu mengerti. Kita mengharap bahagia. Kita leka sehingga lupa. Mampukah kita menerima cinta tanpa memberi terlebih dahulu. Kata cinta itu bukan sekadar luahan. Cinta ilahi mengatasi cinta manusia.

Semakin hampir pada cinta. Kita akan rasa bahagia. Lepaskan segala duka, itulah syarat yang paling utama. Justeru, sekadar berkongsi rasa. Lebarkanlah rasa cinta & bahagia itu pada semua makhluk di atas dunia. Kita leka saat melihat orang lain menangis kerana kita anggap itu bukanlah masalah pada kita. Sebaliknya kita haruslah menangis bersamanya agar kita tahu hidup bukanlah saat untuk ketawa. Menangislah untuk hari ini kerana kebahagian akan muncul sejurus selepas kita berduka. Itulah hal dalam sebuah kehidupan.

Bila kita kembali meniti hari. Umpama burung bebas terbang pulang petang. Kembalilah kepada Pencipta Kita, Yang Berhak disembah buat selamanya. Kita akan rasa tenang & penuh rasa bahagia. Cinta itu milik mutlak Allah Yang Maha Esa.

Demi cinta suci & bahagia yang menanti. Sebarkanlah sayap bahagia ini buat semua insan yang disayangi. Salam mesra & bahagia.

Aku Merindui Laman Blog Ini...

Sekian lama aku meninggalkan laman ini. Kini aku kembali lagi. Rindu sangat dengan kata-kata terbiasa yang selalu aku luahan. Kesibukkan mengejar cita sehingga aku lupa pada waktu yang telah terbina. Aduhai masa, aku yang terleka. Aku kerugian mentafsir minda.

Aku kembali lagi ke laman indah ini. Dan aku cuba untuk mengerti. Aku ingin ke sini selalu. Mendambakan sesuatu yang telah hilang dan berlalu pergi. Masa laluku. Seringkali aku menghabiskan sisa waktuku di facebook. Aku bercerita, bersahabat & bersandiwara di sana. Sehingga aku lupa aku mempunyai catatan diari di sini. Tempat aku meluahkan rasa & kata-kata.

Kenapa, dengan sekelip mata. Manusia akan berubah. Kenapa, hanya kesilapan kecil. Sebuah persahabatan tergadai. Aduhai malang nasibku. Mencari sesuatu yang tak pasti. Aku kelewatan. Kelewatan dalam hidupku sendiri. Malang aku sendiri merasainya.

Terlalu banyak hal yang berlaku. Yang ingin aku kongsikan diruang maya ini. Biarlah hatiku tenang. Walaupun seketika dengan luahan ini. Aku mohon pertimbangan. Kini aku menjalar sepi. Mencari kenyataan diri. Siapakah aku yang sebenar. Melalui coretan kehidupan.

Kadang-kala aku tersasar jalan & aku mencari jalan pulang. Namun aku gagal. Aku menangis sendirian. Aku sedar, hidup ini bukan hanya untuk ketawa. Adawaktu aku perlu menangis menghadapi sepi kehidupan. Kini aku kembali ke sini dan aku tak nak kehilangan & berlalu pergi lagi. Terimalah aku di sini. Sehingga aku mati...

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan