Saturday, September 26, 2009

Jawapan Ada Di Hatimu...........

Kembali bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara. Aku kembali ke ruang yang telah aku bina. Buat insan yang mengenali aku, maaflah. Kesibukkan waktu membatasi segalanya. Namun aku tidak pernah lupa, kerana aku diwujudkan hanyalah untuk menyembah Yang Maha Pencipta.

Buat teman seperjuangan, kali ini aku mencari makna diri yang sebenarnya. Semakin aku melangkah. Semakin tersasar laluan ku. Puas aku mencari jalan mana yang harus aku lalui dan tempuhi. Akhirnya aku mengerti dan temui...Jawapan itu ada dihati..

Kadang-kadang, ada hal yang membebankan kita. Kita puas mencari, namun bila kita sedar hal itu adalah sesuatu yang amat bermakna buat kita. Sepanjang perjalanan kehidupan, kita pasti akan diuji..Kerana Allah mahukan kita pulang kepadanya dalam keadaan tenang dan bahagia...

Percayalah pada kekuatan hati, Jawapan yang diberikan di hati tidak pernah salah...

No comments:

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan