Saturday, July 24, 2010

Sepetang di PTSB






Akhirnya aku dapat jua menyambungkan pelajaran ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Aku amat gembira. Semasa mendapat tawaran menyambung pengajian ke politeknik ini, aku rasakan Allah memberikan aku peluang untuk aku kembali menyambungkan pengajianku yang tertunggak satu masa dulu. Inilah impianku untuk memegang segulung diploma. Harta yang paling aku dambakan dalam kehidupan ini. Biarlah insan lain menilaiku dari sudut yang lain, tapi aku mengenali diriku yang sebenar.

Bagi orang, aku lewat. Namun tidak bagi aku. Ya, mungkin sebab umurku 24 tahun dan baru mula untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma. Sedangkan kawan-kawan seangkatan denganku semuanya sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat master. Ramai yang sudah habis belajar dan memegang segulung ijazah. Namun aku tidak mengalah. Itu rezeki mereka. Bukan aku.

Aku pernah kecewa suatu masa lalu, ketika aku mendaki ke puncak. Akhirnya aku terjatuh. Allah mengujiku dengan kesakitan. Sehinggakan aku terpaksa berhenti belajar di Universiti Teknologi Mara, Kelantan. Itu mungkin bukan rezekiku, bagi aku. Percaturan yang Maha Esa sungguh hebat. Dia memberikan aku kehidupan yang indah. Sedangkan selama ini, aku jarang sekali menghargai. Terima kasih Ya Allah.

Perkongsian kali ini, bukan aku ingin berkongsi perihal diriku. Mungkin kalian sudah jemu membaca coretan pengisian diri yang sentiasa mencerna kehidupan. Namun aku ke sini sekadar berkongsi keadaan indah di PTSB. Kesempatan yang ada, aku berjalan sekitar PTSB dan mencari sudut gambar terbaik untuk aku jadikan koleksi peribadi diri. Justeru, di sini aku ingin berkongsi bersama kalian. Semoga gambar-gambar menarik PTSB ini menjadi simpanan dalam minda kalian.

Lihatlah dengan ketajaman akal. Alam indah ciptaan Tuhan digubah dengan kepintaran manusia hasil pemberian ilham Yang Maha Esa. Renungi selagi ianya bererti dalam kehidupan kalian...

No comments:

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan