Thursday, March 4, 2010

KEMBALIKAN DAKU KE BUMI

1. (Bunyi latar suara cengkerik dan unggas)

2. (Sunyi. Sesekali bunyi desiran angin dan titisan hujan)

Sedar.
Tersedar dari tidur nan panjang..
Sepi mencengkam....
Dingin mengigit... ke tulang hitam..

Kelam.
Begitu kelam...
Tiada kelihatan bagaikan malam
Tiada sekelumit cahaya hadir meneman
Tarkapai-kapai dalam kegelapan.

Takut.
Begitu hampir bunyi desiran
Bagai menghulur lembaran salam
Wahai... siapakah gerangan?
Degup jantung memecah kesunyian.
Bagai memecah seluruh perkarangan.
Jerit batin siapakan kedengaran?

3. (musik)

DIMANAKAH AKUUUU????

Ibuuu..ibuuu, dimanakah dikau ibu???
Ayahhh... ayahhh, dimanakah dikau ayah??
Oh, dimanakah aku? Di mana?

(bunyi desiran)

Oh! Apakah itu???
Aduh! Apakah yang membelitku... Ular..Ularkah??
(Bunyi nafas tercungap2)
Aduh! Apa pulakah ini, begitu sakit menyengatiku.. Kalakah?
Aduh, sungguh berbisa, aduh.. aku tidak tahannn..

PERGI! PERGI! PERGI! JANGAN GANGGU AKU.. TINGGALKAN AKUUU...



Ahh.. apakah ini yang membaluti??
Bagaimana harus aku gerakkkan diri??
Sedang mereka semakin menghapiri.

Kenapakah aku disini?? Dan siapakah mereka yang menghampiri??

ADAKAH AKU TELAH... KEMBALI??

Ibu... ayah... tolong daku..(menangis teresak-esak...) tolong.. aku belum mahu pergi..

Seketika ingatan menerjah..
Tika dunia terasa indah..dipeluk dosa terasa megah
Malaikatul maut hadir menerjah
Tungganganku teralih arah..

Dan...
Ruh melambai tanda berpisah..
Pulanglah daku ke alam barzah.
Raungan ibu tangisan ayah
Mengiring pergi sekujur tubuh...
Yang belum mahu menghuni tanah.

Tika talkin selesai sudah
Pulanglah mereka kembali ke rumah.

JANGAN TINGGALKAN AKUUU...

Ibu...
Di manakah ibu yang selama ini sedia membantu?
Ibu yang menyediakan santapan buatku?
Yang meninggalkan tidurnya kerana ku?
Tatkala sakit menyapa hidupku?
Menyapu air membasahi tubuhku?
Akibat suhu tidak menentu.

Ibu.. Yang murah senyuman walau hamburan ku lafazkan.
Yang begitu sabar walau amukan ku hadiahkan
Begitu tabah walau hanya rungutan kedengaran..
Dari bibir ini yang tidak kenal erti penghargaan.

Ibu,
Yang menjagaku dari setapak dua jarinya
Hingga begitu gagah daku menghayun langkah
Telah kuucap permisi pada timangannya
Telah kulambai pergi sura lunak nasihatnya
Kubiar diri ditimang gelombang hidup menghancur punah
Sehingga diri ini memilih jalan yang salah,
Dan dirimu hanya mengungkapkan ... ANAK BERTUAH.

Di mana ayah,
Ayah yang keringatnya diperah
Demi rezeki yang penuh berkah
Dinihari hingga senja menjengah
Dan peluhnya pecah
Demi tangan yang sentiasa menadah.

Ayah yang iikat perutnya
Demi melihatku bersekolah
Dan kejayaan menjadi harapan
Dari hari berganti bulan,
Dari bulan beralih tahun
Pabila dewasa menjengah
Anak remaja berpaling arah
Harapan ayah hancur punah.

Ayah tua dimamah usia
Di hati ini dirinya tiada harga
Melainkan seteru dijadikan punca
Tiada apa yang manis dimata
Rajuk amukku mematah kata
Sering dibanding dia dan mereka
Ayah temanku yang berharta
Apa dipinta ditunai saja.

Di mana guru?
Guru-guruku..
Begitu mengambil berat perihalku
Namun tida yang manis bagiku
Yang pada saat itu
Tidak buta dimata
Tetapi buta hati di dalam dada.

Guru
Yang suruhannya merupakan leteran bagiku
Undang-undangannya dilanggar.. kemegahan bagiku
Penilaiannya merimaskan diriku
Nasihatnya menembusi telingaku
Janji-janjinya permainan bagi ku
Lenggok gayanya gurauan bagiku
Kelembutannya... ruang kesempatan bagiku
Kesilapannya tawaan bagiku
Marahnya seteru bagiku
Itulah guru..
Yang begitu terdidik dan berilmu
Namun begitu merendah diri mendidikku
Mengheret dan memujukku ke gerbang ilmu
Namun begitu sangkaku
Mereka sibodoh caturan permainanku

DUP! DUP! DUP!
Bunyi apakah itu??
Tolonglah.. jangan hampiriku..
Ahhh ... begitu gelap... begitu ngeri.. begitu seram..
Oh, siapakah yang dapat membantu??

Ah, pemuda itu, pemuda yang dijanjikan menunggu.
Di manakah dia dijanjikan menanti simati? Di manakah dia?

Dia yang dijanjikan Allah sebagai peneman
Pada mereka yang tika hayatnya mengangkat martabat Al Quran
Sebagai teman karib dikala susah dan senang
Di kala sepi dan riuh, di kala sibuk dan lapang
Dialah Al Quran jelmaan.. pemuda berwajah tampan
Menunggu dipenghujung kafan
Hingga hadir Hari Kebangkitan.

Oh.. sungguh malang.. tiada hadirnya dia..
Kerna daku tiada layak mendapatkannya
Bagitu lama kutinggalkan naskah itu
Menjadi perhiasan dunia yang penih debu
Tidak kusentuh sedemikian lama
Tidak pernah terucap dibibir
Tidak pernah tersemat disanubari
Bibir yang hanya dihiasi dendangan lagu
Alpa dan laqo..

Lalu diriku kini dikerumuni ular dan kala
Yang menggigit dan mengeluarkan bisanya
Begitu berbisa
Hingga jika setitis jatuh kebumi
Nescaya tiada rumput yang sudi menghuni

Solahku,
Yang tidak pernah menjadi kerisauan bagiku
Tidak lebih dari arahan kuno
Dalam hidupku yang terpalit dosa

Dahi ini
Hampir tidak pernah memcecah sejadah
Wajah ini tidak pernah mencecah ke tanah
Tidak kuhirau leteran ibu ayah
Hari demi hari berlalu sudah
Daku teru terusan merafaq sembah
Menghadap kotak empat segi di sudut rumah
Yang siang dan malam tidak jemu
Menjamu hiburan limpah melimpah.

Aduhhh
Sakit. Bagitu sakit..
Kubur yang menghimpit..
Ahh.. tetulangku berceragah...
Dihimpit kuburan yang sempit.

Wahai... benarlah
Sabda Rasul
Kuburan adalah taman-taman syurga
Bagi mereka yang bersiap sedia
Dan lubang bagi lembah-lembah neraka
Bagi diriku yang alpa.

ADUHHHH...
Ular-ular berbisa ini mematukku
Kala hadir manggigitku...
Siapakah yang mahu membantuuu..

TUHAN... TUHAN...OH TUHAN
HANTARKAN KEMBALI DAKU KE BUMI...

Terdengar laungan azan
Menyedarkan tidurku yang panjang
Ahh, Daku bermimpi!!!

Syukur
Syukur kehadrat ilahi
Kerana masih berpeluang lagi
Daku akan merobah taqdir hidup ini
Daku akan merobah langkah ini
Walau ranjau dan onak menerjah
Walau taufan menongkah
Walau bahang mentari memerah
Keringat terus membasah
Daku tak akan goyah

Ibu
Bantulah diriku
Bantulah daku dengan senyumanmu
Yang beriring sendu
Dengan kesihmu yang tak kunjung layu
Dengan doamu yang tak pernah jemu
Daku padamkan coretan hitam yang lalu

Ayah
Ampuni daku..halalkan makan minumku
Keredhaanmu adalah berkat dalam kidupku
Keampunanmu adalah kunci kejayaan ku
Kan ku hiasi tinta coratan ini dangan nafas yang baharu
Langkah yang jitu

Guru-guru
Akan kujunjung bait katamu
Sebagai pedoman hari depanku
Agar tidak terulang keembali
Kesilapan yang dahulu
Kerna sabda Nabi
Orang yang beriman.. tidak akan dipatuk ular dari lubang yang sama.. 2 kali..

kEnangan d'pErak...










Wednesday, February 17, 2010

nOta sEorang lElaki…


Ya, adakalanya kita tErsasar jalan..jaUh..tErlalU jauh..dalam mEngejar kebahagian, kita lupa diri..kita lUpa pada tUhan yang mEnciptakan kita..kita tErlalu leka dengan dUnia..alahai lElaki..kErana sEorang wanita! kamU tErlalu sukar untuk sujud syUkur..kEnapa??..mahalnya harga diri itu..kamu jadi bOngkak kErana nafsu kamu..

Diamnya kamu tatkala azan bErkumandang..kamu jadi alpa..jalan mana yg harUs kamu pilih..kamU bErlalu tanpa solat..sUkar benar kamu mahU sujud kepada tUhan yang mEnciptakan diri kamu..argh, pErsetan! iTu kata-kata kamu..sEdangkan kamu tahu hati kamu mEmberontak..

kErana?..hakikatnYa kerana sEorang wanita..malam itU, kamu tErsasar lagi..kamu kEluar pErjudikan diri kamu sEndiri..kamU bErjalan kE lEmbah hina..kEnapa??..kErana kamu tErlalu mENgikut hati & pErasaan kamu..susah bEnar untuk kamu bErkata tidak!

kEesokkannYa kamU tErsungkur lagi..kamU sukar bangun kerana kepala kamu amat bErat hasil najis yang kamU tOnggakkan kE mulut kamu..itu tidak lagi kEpulan asap sial yang kamu singgahkan ke bEnak hati kamU..laknat kamu! adUhai lElaki..bangUnlah..tidormU sudah singkat..

bUkalah matamu..bUkalah mindamu..tEngok laluanmu..pErsimpangan itU atau tErus ke hadapan???...katakanlah……..akal kamU bErhak mEntafsir segalanYa…

Wednesday, February 10, 2010

Air mata seOrang kEkasih..


Acapkali kita dengar wanita itU mUdah sangat mEngalirkan air mata..kEnapa?..sEbab hati wanita iTu sangat lEmbut ciptaannYa..wanita diciptakan dari rUsuk kiri untUk disaYangi & dikasihi..bUkannYa uNtuk dijadikan pErhambaan dalam kehidUpannYa..tanpa sEorang wanita, kita tidak mUngkin ada..

anUgerah itu tidak tErnilai..hati kita jarang menYedarinYa..kata-kata banYak yang tErgUris rEsah..inilah dUnis..adakalaNya tErsasar jalan, sUkar ke pErsimpangan..wanita tidak lEmah bila mEnangis, tetapi meReka mengUmpul kekUatan untuk bangUn sEmula..

wanita sEorang pEncinta yang sEtia..adUhai kEkasih hati..alangkah Engkau tahU aKu amat mencintaimU..aKu tak rEla Engkau mEnitiskan air mata itU..saat Engkau mEngimbaU kEmbali lElaki yg pErnah bErtakhtha di hatimU..aKu cEmburu..namUn akU sedar, aKu harus bijak bicara..biar tiada kata yang tergUris aKu ucapkan..

hatimU sElembUt sUtera sayang..aKu janjii..aKu akan Membahagiakan kamU..bUkan Untuk masa lalu..tapi Untuk sElamanYa selagi nadikU bErdenYut…

Monday, February 8, 2010

tEnsiOn glEr kat Opis_ 09 FebrUari 2010_ 2.16 pEtang

adEhss..bOsan glEr kat Opis hari niE..tak tahU nak bUat kErja apa..pas sEmua dah sEttle, akU oNline kat facebOok jEr..hUhukss..mETing bOs tadi kOi 10 pagi..kOi 12 dah habis..bOsan-bOsan..akU teNgah find jOb barU..ntahlah, akU rasa tak sElesa sanGat ngan kErja skunk..lama kelamaan akU leh jadi glEr sesOrang KErja kat sini..

prOblemnYa tENtulah gaji yang ntah papE..kat 10hb pUn gaji akU bELum masUk lagi..sO, cam nEr akU nak Settlekan bil-bil akU yang tErtunggak..bil kETa, bil hp..adUss, sUSah glEr cam ni…sO, KEsimpulannYa akU harUS bErtindak mENcari PEkerjaan yang lain..

tak kisahlah walaUpun bErkerja kIlang..kalU itu yang tErbaik, akU rEdha…
kUar lepakpUn tak tahU nak g mana..lEPak kat tElUk mOlek seSorng t mcm Orang glEr plak..nam ambik time Off pun tak tahU nak g mana..tENsion-tension..bilalah akU nak dapat gaji nih..akU nak pErgi bErcuti tenangkan Otak dan hati aKu yang panas mEmbahang…

cuTi raya cina minggu dEpan sampai 16hb..sO, LEpas ni bOLehkah akU cUti pEpuas..hari-hari pENuh dEngan aktiviti dan agenda..

satU hal yang ingin akU sEButkan, sOal Orang yg Berpangkat..kEnapa sUSahnYa sangat nak nak BEbaik ngan Orang bawahan..kamU jUga sEorang manUsia jUga wahai bOs..tUndukkan tanda hOrmat itu sUpaya manUsia lain lebih hOrmat kEPada kamU..pELik lah..sUsah sGt kEr..mUngkin kamu tak pErnah bErada di tangga bawah..tapi kamU harUs faham..hidUp umpama rOda, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah….

Sunday, February 7, 2010

kUar pEkan sUngai pEtani

(cEntrE sQUarE_07/02/2010_10.41 malam)
ahad, hari yang akU nantikan sEbab hari ni jEr akU dapat rESt sepUas hati akU..dUk Umah Online, makan, tidOr & paling bEst akU dapat kUar jejalan cUci mata..pastU dapat gak hilangkan kEbosanan yang mELanda..

dUlu, blog akU lebih kEpada kata-kata_ tapi aKU dah UpdatEkan jadi akU pUnya laman catatan harian..bUkan akU ingin bErkOngsi segalanya apa yang akU laKukan..tapi sEkadar kEnangan dalam kEhidupan..argh…lEpak kat cc jap tOlong mEmber akU settlekan dia pUnya KErja..

adakalnYa kita rasa asing sGt walaUpun kita pErnah jalinkan hUbungan pErsahabatan dengan Orang itu..sEkadar perkongsian, masa akU kUar tadi..adalah jUmpa 2,3 orang yang pErnah akU kenal masa akU kerja kat park AvEnuE HoteL dulu..tapi diOrang jUSt bUat tak tahU..yelah, apa masalahnYa kalU sekdar seNyum..kErjapUn satu tempat dUlu..takkan tak pErasan aKu lansUng..itulah manUSia..hUhuss

akUpun bUkan ingin dikEnali, tapi sEkadar kata-kata penyEdaran..hUh, life..sO stress..balik jEr Umah tErus Online kat facEbook..ntahlah, kalU aKu tak jENguk facebook rasa tak tEnang jEr life akU..uwaa..sOk dah kerja..malasnYa, dah la banyak kErja yang bLum aku settle..sah-sah esOk masuk Ofis akU kena bUat kErja banyak..tapi aku tension 1 jEr, sOal gaji..hari nih dah 7hb, tapi haram tak dapat lagi..sOal kErja Okei jEr..dah rEspOnsilitY akU tetap lakukan dengan baik…
mood: Tunggu gaji nak sEttle hUtang…

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan