Monday, December 29, 2008

Makna Tersurat Disebalik Azan...

Pengertian Azan:-

"Allah yang Maha besar, Allah yang Maha besar
Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah
Naik saksi aku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah kita bersembahyang, atau yang hidup wajib bersembahyang
Marilah kita menuju kejayaan atau hidup menuju kejayaan
Allah yang Maha besar,Allah yang Maha besar
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah"

Aku bukanlah orang yang bijak pandai dalam hal-hal mentafsir ini. Namun apa yang ingin aku bicarakan ini sekadar renungan kita bersama. Semoga yang baik itu kita jadikan pegangan, manakala yang buruk kita kita jadikan halangan..

Rahsia disebalik azan! Inilah persoalannya. Rahsianya, keagungannya hanyalah Penciptanya yang tahu, Namun atas pengurniaan akal ini. manusia diberi jawatan yang cukup besar. mentafsirkan sesuatu untuk kegunaan kita bersama.

Perbicaraan ini aku teruskan. Kalaulah manusia itu sedar, pasti azan akan dijadikan sumber dalam kehidupan. Pernahkah kita memikirkannya. Tepuklah dadamu, dan taksirkanlah dibenakmu. wahai teman-temanku. Sebenarnya untuk manusia berjaya di dunia ini, mahupun di akhirat, rahsianya adalah dengan azan. "Amal manusia yang utama akan dibicarakan kelak adalah solatnya, maka kiranya solat seseorang itu sempurna, maka sempurnalah jalannya. Kiranya gagal, itulah sebaliknya"..

Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita harus sedar. Untuk mencapai kejayaan kita harus bersolat. Justeru, Solatlah. Solatlah dengan sempurna. Aku menyeru kepada diriku terlebih dahulu. mudahan kita bersama-sama dapat meniti titian kelak dan bertemu di tangga-tangga syurga..

Walllahualam...

"Marilah menunaikan solat"
"Marilah menuju kejayaan"

p/s: tafsirlah rahsianya dengan akal yang dikurniakan. hargailah kehidupan ini, agar laluan yang terbina cukup mudah untuk kita hadapinya. Renungkan bersama!!

Kenali Bulan Kelahiranku...

JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai lemah lembut
mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
idea yang terlalu banyak di kepala
bersifat sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan dan pandai berkawan
orang yang sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih dan cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
sesiapa yang memuji adalah musuh
sesiapa yang menegur adalah kawan

Saturday, December 27, 2008

Laluan ini pilihanmu....

"Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurutkan hawa nafsunya dan mengharapkan keampunan Allah swt. tanpa beramal"..
(Hadis)


"Sesungguhnya hidup ini sering teruji,malah kadang kala iman akan terhakis. Tidak selamanya kebahagiaan itu akan datang dalam hidup kita. walaupun sudah jerih kita mencarinya. Tetap hampa. Ini kerana, kadang-kadang matahari ditutup oleh awan yang tebal. Kesedihan yang dibawa oleh ketawa, ibarat panas yang mengandung hujan. Pernah kita fikirkan. Andai jawapannya tidak. Maka renungkanlah!!"


"Bertambal luasnya akal seseorang itu, bertambah luaslah hidup, dan bertambahlah datangnya bahagia. Malah kiranya bertambah sempit akal seseorang itu, bertambah sempit pula hidupnya, dan bertambahlah datangnya celaka"


"Kegagalan hanyalah satu persimpangan. Bukannya jalan mati. Andai kegagalan itu sekali. cekalkanlah hati. Kejayaan jua pasti ditempuhi satu hari nanti.."

Penerbangan Yang Terakhir..

Maklumat tentang perjalanan
Tempat berlepas > Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan > Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
Destinasi > Akhirat
Masa berlepas > Ketika didatangi malaikat maut
Masa hadir > Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempatan > Tetap, pasti dan tidak akan berubah

Syarat-syarat perjalanan
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian. Perjalanan akan dimulakan dengan meninggalkan kehidupan dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda. Semua juruterbang yang dikhaskan adalah malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat pada al-quran dan as-sunnah(hadis-hadis) Rasulullah saw. Serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk pada pakar agama @ para ulama.

Barang muatan yang dibenarkan
5 meter kain kapan putih
Kapas putih yang secukupnya
Muatan yang dipertimbangkan dalam perjalanan:-
Amal soleh
Sedekah jariah
Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
Ilmu yang bermanfaat

Perhatian
Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barang siapa yang tidak mematuhinya akan didenda dengan sekeras-kerasnya. Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, passport atau tidak mempunyai sebarang pengenalan diri hendaklah bersiap sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan. \semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik…

P/s:
Renungkanlah dan insaflah andai masih diberi kesempatan. Semoga kita sama-sama mendekatkan diri kepadaNya sehingga menempuh perjalanan yang telah ditetapkan ini..

Iwanqais

Tuesday, December 23, 2008

Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudianayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

p/s: "hargailah ibumu, ayahmu selagi mereka masih ada. kenangilah pengorbanan mereka. sesunggugnya syurga itu terletak pada kaki seorang ibu. buat ibu yang telah tiada. aku doakan agar Allah memberkati semuanya di sana. Terima kasih ibu.

Kasih Seorang Ibu..

"Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa suamiku, dosa ibuayahku, dan Engkau ampunkanlah dosa anak-anakku. Berikanlah mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doaku mengiringi mereka, kasih sayangku tulus buat anak-anakku. semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh. Yang mampu memberikan ketenanganku di alam sana nanti. Amin"

Pagi itu hatiku meruntun sayu. Aku tersedar dari tidurku. setelah aku terdengar sayup-sayup suatu suara yang merintih kesedihan. Alangkah hibanya hatiku mendengar rintihan seorang ibu. yang merintih demi anak-anaknya. doakan kesejahteraan seorang anak tanpa mendoakan kebahagiaan sendiri. Inilah kemuliaan hati seorang ibu..

Pengorbanan mereka tiada gantinya. aku masih ingat lagi. sewaktu itu aku masih kecil. dalam kiraanku aku masih bersekolah rendah. tahunnya aku tak pasti. Aku demam panas ketika itu. aku merintih kepayahan. namun apa yang aku lihat. Ketulusan insan yang bernama ibu. yang setia menemani anaknya dalam kesakitan. ibu tak pernah meninggalkan aku walau sesaat. setiap permintaanku dia tunaikan. dia menemani aku semalaman sambil menuap tuala ke dahiku. sehingga aku tertidur, ibuku masih mengerja rutin itu.

pagi itu aku tersedar, dan demamku kembali pulih. aku melihat sekujur tubuh setia menemaniku. ibuku terlelap kiranya disebelahku. sambil tangannya masih memegang tuala. mulianya dirimu ibu. kasih yang tak mampu aku balaskan. aku melihat jari-jari runcingnya yang mula mengecut. mungkin sebab semalaman ia bermain air untuk menuap dahiku yang panas. lalu aku menarik tangannya. aku mencium sepuas hatiku. aku berdosa padanya. aku selalu menyusahkan ibuku. ayahku. dan aku lupa pengorbanan mereka.

ibu, maafkan aku kerana aku abai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik. mudahan masih ada kesempatan untukku membahagiaankan ibu. aku selalu melihat air mata ibuku, aku tak pasti samada air mata bahagia atau sengsara. namun doaku. aku harap aku dapat membahagiaankan ibuku nanti sehingga ke tangga-tangga syurga. itu janjiku yang harus aku tepati. buat ayah, aku juga mendoakan kesejahteraanmu. selamanya.

Terima kasih ibu, dikaulah insan tersayang bertakhta dihatiku....

"Ya Allah, janganlah sampai aku menderhakai kepada kedua orang tuaku. Hiasilah aku dengan kasih sayangMu agar aku mampu membahagiakan mereka selagi aku termampu. Amin"

Nukilan,
iwanqais..




Sahabat...


ku layarkan kerinduan,
dilautan memori,
mengimbau kenangan indah,
yg menyentuh emosi.

masih segar di ingatan,
saat mesra berputik,
hadirmu bawa sinaran,
cahaya inspirasi.

sahabat... kau sesungguhnya,
temanku dikala suka dan lara
tika ku buntu diselubungi sendu,
kau tiupkan ketabahan
untukku ukir semyuman.

bagaikan embun,
dikala terbit fajar,
kau pergi jauh mengejar cita,
menggapai redha yg Esa.

duhai sahabat dengarkanlah,
bicara hatiku ini,
meskipun jarak memisahkan,
namun tiada nokhtah kasih.

biarlah takdir menentukan,
nilai ukhwah yg terjalin,
teruskanlah perjuangan,
hingga ke titisan darah terakhir.

p/s: Sayangilah sahabatmu selagi ada waktu..

iwanqais

"coretan semalam"

Aku kembali lagi ke ruangan yang terbina ini. maaflah andai kehadiranku tidak diundang dan disenangi. aku hanya mahu menumpang diri. kiranya aku tidak diterima disini, di mana lagi harus aku membuang diri. maaflah wahai teman, berilah aku kesempatan untuk menginsafi diri. aku sedar. aku teramat memahami. aku bukanlah dilahirkan sebagai seOrang sasterawan yang bijak menyusun kata-kata menjadi madah yang terindah. aku jua tak punya paras rupa yang elOk untuk aku menjadi hamba kepada dunia. cukuplah dengan apa yang ada. aku bersyukur dengan ini. Tinta perjalananku yang semakin hari, semakin pendek ini. aku kuatkan diri, tabahkan hati. mencari cebisan kenangan untuk aku bawakan ke alam akan datang. Biarlah aku selami hatiku sendiri, setelah tiada siapa yang mahu mengerti. aku merajuk, aku kecewa dan aku terasa. itu yang mampu aku luahkan. cukuplah aku pendamkan segala-galanya. aku tak mampu lagi untuk simpankan semuanya. aku tak mampu untuk menipu dan berlagak kepuraan lagi. Jujur, aku insan yang pantas berterus terang. Maafkan aku wahai teman. aku terpaksa. kerna aku tak mahu mengganggu siapa.

Maafkan aku sekali lagi atas pendirianku ini. aku benar-benar terluka dengan semua ini. Berilah aku masa untuk membina kehidupanku semula. Aku tahu, susah untuk aku ambil masa yang terlalu lama. Tapi, aku tiada pilihan lain. Dari aku terus merana diri, inilah yang patut aku tempuhi. Aku sedar siapa diriku, umpama melukut ditepi gantang. meluahkan air liur yang kesempitan. Nafas pemberian Tuhan, selalu aku kecewakan. aku tak pernah mengadu nasibku, selalu aku menerimanya dengan Redha. tak pernah aku sesali. walaupOn sekali. Aku harap aku dapat mengerti dan memahami. Aku ingin bina sendiri. Kehidupan yang aku sendiri tidak pasti. adakah akan temui jalan kebahagiaan dipenghujung perjalanan ataupOn sekadar angan-angan dipinggiran. Andai ianya angan-angan, biarlah aku simpan. agar aku tahu, angan-anganku bukanlah sesuatu yang KosOng. ianya mampu buatkan aku tersenyum, acapkali aku teringatkan…

Teman, bacalah cOretanku ini sekadar bahan cerita. usahlah meratapi atau bersimpati. kerna aku tidak mengharapkan itu semua. aku ikhas dengan dugaanku. apa yang harus aku terima. walaupOn hinaan, cacian. itu yang selalu aku dapatkan. sepanjang perjalanan. mungkin aku bukan insan terbaik yang dilahirkan. aku sedar, aku akui jua. aku tak layak untuk memberi nasihat sekalipOn. cukuplah sekadar luahan dan nasihat kepada diriku sendiri. agar aku tidak terlalu melupakan diri. “kOrbankan kebahagiaan diri, demi kebahagiaan Orang lain”. itu yang aku pelajari dalam hidupku. walaupOn saat itu aku sendiri hampir kesulitan. aku tetap kOrbankan segalanya demi kebahagiaan Orang lain. aku tetap dengan pendirianku.

Kubina kehidupan baru

Tiap kali aku memikirkan diriku, hatiku menjadi hampa. aku tidak mengerti, sejauh mana aku dapat bertahan dengan semua dugaan ini. kenapa?? acapkali aku hampir mencapai kebahagian, mesti ada yang menghalang. tak siapa yang mahu mengerti dan memahami. ada saja yang mahu menggugat ketenteraman dihati. apakah salahku, dOsaku pada semua. aku hanya meminta pengertian, pembebasan untuk hidupku ini. salahkan aku dengan pendirianku ini?? kenapa tuduhan palsu yang dilOntarkan. sedangkan aku tak pernah menyusahkan sesiapa. tak pernah mengganggu sesiapa. aku hanya meminta keikhlasan dalam persahatan. adakah aku yang salah?? pengOrbana apa yang perlu aku lakukan lg. Ya Allah, aku tidak mengerti. apakan ujian yang harus aku lalui ini. sejauh mana aku mampu bertahan Ya Allah. berat sungguh dugaan-Mu dikala ini. berat yang terpikul, tak sama berat mata yang memandang.

aku dihimpit kesepian. aku sedar aku hanya insan terbuang. meniti kehidupan dengan pengharapan. tapi kenapa tiada yang mahu mengerti. cukuplah sekadar memahami. usahlah dipersOalkan tentang diriku. aku tetap aku yang dahulu. lansung tiada perubahan dalam hidupku. aku sahaja yang memahami siapa aku yang sebenarnya. bukan keserOnOkkan yang aku dambakan dalam kehidupan ini. bukan juga kekayaaan yang aku pandang. bukan jua pangkat kesenangan. yang aku dambakan hanyalah ketenangan dan kegembiraan dalam kehidupan. agar ianya menjadi kenangan untuk kehidupan yang akan datang. adakah salah diriku atas apa yang aku pinta?? secebis kasih sayang dari insan yang mahu mengerti. mahu memahami dan mahu mengelami hati budiku. aku tetap seOrang insan yang terbuang.

Ya Allah, berilah aku kekuatan. pedOman. agar aku tak salah percaturan. aku ingin kehidupan mendatang. dilampir dengan kebahagian. walaupOn hanya sebentar cuma. cukuplah untuk aku menanti saat ajal datang menghampiri. akan ku pinta padamu Ya Allah, agar memberikan aku kesempatan. untuk membahagiakan Orang-Orang yang menyayangiku. dengan setulus hatiku. takkan aku biarkan, mereka meratapi pemergiaanku nanti. itu janjiku. aku ingin memberikan mereka kenangan yang bererti. agar mereka sentiasa mengingati. siapakah aku yang sebenarnya. dalam mengharungi hidup ini….

seiring perjalanan yang aku lalui ini, cukup ramai sekali yang aku kenali. ada yang hanya berpura untuk mendampingi diri. ada jua yang sanggup meratapi kesedihan yang aku alami. tapi, apa jua yang aku tempuhi. aku hidup dengan kakiku sendiri. kerna aku tak pernah mempercayai sesiapa dalam hidupku. melainkan insan yang selalu mencintaiku. namun, apakah ini jua salahku?? dOsaku?? pada siapa yang harus aku mengadu. Ya Allah, hanya dirimu jua tempat aku bersujud. mencari makna diri, mencari harga diri. tak pernah aku meminta pada sesiapapun. untuk bersimpati dengan diriku. tidak sama sekali. sekarang hatiku keras umpama batu. aku cuba membina kehidupan yang baru. sejauh perjalanan ini, aku mengharapkan hanya keredhaan dari-Mu Ya Tuhan. berilah aku kesempatan, untuk beramal kebajikan. sebagai bekalan untuk hidupku dimasa akan datang. cukuplah sebagai pegangan, yang harus aku tetapkan…

kini, aku ingin membina kehidupanku yang baru. tanpa menOleh kebelakang lg. aku harus yakin dengan perubahan ini. harapanku hanya satu, agar dipertemukan dengan Orang yang betul setelah dipertemukan dengan Orang yang salah selama ini. agar aku lebih mengerti dan menghargai, siapa yang berhak dihati..

berilah aku kesempatan wahai kawanku, temanku. jangan dipersOalkan kenapa aku berkeputusan begini. tetapi berilah aku ruang untuk aku mencari siapakah aku yang sebenarnya. andai ada salah dan silapku, ampunkanlah, maafkan aku atas segala salah dan dOsaku. i’allah, aku tak pernah lupakan semua kisah masa lalu. cuma aku berjalan kehadapan, untuk meneruskan sisa perjalanan. bukan juga aku merajuk @ terasa hati. tetapi aku tabahkan diri. untuk selami kehidupanku sendiri…….

“laluan sukar menuju bahagia”- inilah yang harus aku hadapi buat selamanya dalam hidupku ini.. andai ini ruang nafasku yang terakhir, terimalah maafku ini agar aku ada ruang mencari kebahagiaan hakiki….

Sang Penulis Terbiar.....

Aku kembali lagi keruangan yang terbina ini, terima kasih aku ucapkan kepada semua yang membaca catatanku. Aku sedar, banyak kekhilafan. Aku bukanlah manusia yang sempurna, justeru untuk menjadi manusia yang sempurna bukanlah hal yang mudah. "Kadang puas kita korbankan kebahagiaan diri kita untuk bahagiakan orang lain, begitupun hakikatnya diri kita masih tak mampu untuk membuat supaya semua orang menyukai kita". Terimalah kekurangan diri ini seadanya dan maafkanlah andai coretanku mengguris hati yang terasa....

Bukan topik ini yang aku ingin aku katakan, tapi aku sekadar meluahkan apa yang terpendam. Malah aku akui, aku bukanlah sesiapa dalam bidang ini. Apatah lagi untuk dikenali umum. Aku bukanlah insan yang hebat.

Sekali bicara, biarlah ramai yang mengerti. Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis. Setiap kata yang diluahkan haruslah lahir dari keikhlasan, dibajai dengan kebenaran sebelum tercetus keyakinan. Malah, sebelum menjadi tatapan ramai, haruslah melalui satu penilaian diri yang panjang, inilah yang harus dilalui dan dihadapi oleh seorang penulis jalanan. Insan sepertiku.

Aku tidak dilahirkan sebagai insan yang pandai berkata-kata. Namun aku sentiasa belajar untuk menambah ilmu didada. Bagiku aku mengikut sunnah Rasulku. "Kalau mahukan kebahagiaan di dunia, haruslah dengan ilmu. Begitu juga Kalau mahukan kebahagiaan di akhirat haruslah juga dengan ilmu. Sekiranya kamu mahukan kedua-duanya, haruslah dengan imu". Amanat inilah aku pegang selama nafas aku berdenyut. Dan kini aku kongsikan bersama hanyalah untuk memperbaiki kekurangan diri. sekali lagi aku memohon maaf andai aku tak diterima di sini...

Andai sudah coretanku terhenti nanti. Aku redha. Malah aku pasti bersyukur. Kerna aku pasti tahu sejauh mana kemampuanku berkata-kata dan selama mana aku tabah melayari semua ini. Biarlah aku dihina kini, namun apa yang aku harapkan kelak, ada insan yang memahaminya suatu hari nanti. Pastinya aku menanti saat itu, walaupun penantian itu satu penyeksaan malah aku sedar penantianku mengambil masa yang panjang..
Aku redha..

iwanqais.


Kisah ini..‏

Iwanqais,
Sebaris nama yg aku kenali,
Riak wajahnya tenang,
Setenang air di kali,
Perkenalan yang tak di rancang,
Takdir dari Illahi.
Iwanqais,
Perkenalan yg tak di duga,
Membibitkan sebuah rasa,
Rasa yg sukar di tafsirkan,
Untuk insan yg ingin bercinta,
Tetapi hatinya sering terluka.
Iwanqais,
Kehadiranmu umpama 1 cahaya,
Cahaya yg menyinari hidupku semula,
Yang dulu kelam bertukar indah,
Hati yg muram kembali ceria,
Sebuah senyuman kembali terukir jua.
Iwanqais,
Perkenalan kita sesingkat cuma,
Mungkin ini takdir dari~NYA,
Ku pohon doa & restu dari~NYA,
Agar hubungan kita kekal selamanya.
Iwanqais,
Ku panjat syukur ke hadrat illahi,
Kerna tnp takdir dari~NYA tak mungkin kita bertemu,
Jangan di kau risau tntg diri ku,
Cinta ku pada Allah, Rasul, & kedua ibu bapaku,
Tetap terpahat di hatiku,
Tetap menjadi nombor 1.
Iwanqais,
Maafkan diri ku kerna tak mampu mengungkap kata janji,
Kerna ku takut takdir dari illahi,
Kisah lalu membuatkn aku lebih berhati-hati,
Namun ku tahu ALLAH itu MAHA MENGASIHI.

~Salam penuh kasih sayg~
~Shidah~







Buat insan yang mencitaiku ini, seribu kebahgian aku hulurkan. cuma pesanku padamu, cintailah aku kerana Tuhanmu, dan janganlah engkau membelakangi cinta kepada Allah, Rasul dan kedua ibubapamu. Bagi aku cinta mereka padamu lebih kuat dalam bisikan doa. semoga kasih sayang ini mekar di hati selamanya..
nukilan mesra,
iwanqais.


Sunday, December 21, 2008

Si Pengemis Jalanan....


Kata orang lama, semakin jauh perjalanan yang tertempa. Semakin luas permandangan yang akan dilihat, malah semakin banyak juga pengalaman yang diperolehi. Meskipun kenangan dan pengalaman itu ada yang manis, pahit, masam semuanya pasti akan dirasai. Sebagai keperluan hidup, segalanya harus ditempuhi..

Kira-kira sebulan yang lalu aku keluar bersama kawan baikku ke sebuah pasar malam yang berhampiran dengan tempat tinggalku. Ketika itu, aku tidak membuat sebarang pekerjaan. Jadi daripada membuang masa begitu sahaja, aku pantas menghantarkan pesanan ringkas kepada kawannku dan ajak menemaniku petang itu. Hari masih jauh muda ketika itu. Panas matahari senja belum muncul. dari terperap di rumah mengadap laptop kesayanganku lebih baik aku keluar mengambil angin..

Lalu, setibanya di pasar malam petang itu, jam ditangan menunjukkan angka 6.30 petang. huh, masih awal lagi. banyak gerai-gerai yang masih lenggang tanpa pengunjung. Dari kejauhan aku melihat, ramai orang berpusu-pusu masuk dari arah jalan laluan utama. aku mengikuti laluan lain ketika itu. selalunya jalan utama sibuk. Aku terus mengekori kawannku dari belakang. Malas aku mahu mendahuinya. Bagi aku, aku suka sangat permandangan di pasar malam. Saat pembeli beratur untuk membeli sesuatu dari penjual dan saat tawar-menawar yang dilakukan mereka. Aku terus jua berjalan sambil memandang ke kiri dan ke kanan.. Lalu mataku berhenti pada seorang pengemis tua. "Aduh, daifnya diri orang tu". Kataku di dalam hati. Lantas aku menyeluk saku seluarku dan menarik beberapa cebisan wang yang ada. lalu ku hulurkan ke dalam gelas yang dipegang pengemis itu. Tanpa ucapan terima kasih aku berlalu. Kawan sebelahku hanya memandang sinis tanpa berkata..

Aku terus membututi dirinya. Aku ingat hanya seorang pengemis di situ. Namun, sangkaan ku meleset. Di persimpangan jalan aku melihat seorang lagi pengemis wanita tua. sedang bongkok menghulurkan gelas yang dipegangnya. Hatiku amat tersentuh akan kesusahan orang lain. Kerna aku tak sanggup melihat kesusahan orang lain. Sanggup aku korbankan kebahgiaan diri ini uttuk melihat kegembiraan dan senyuman insan lain. Hatiku akan gembira untuk itu. Sekali lagi aku meyeluk saku dan memberikan wang baki yang tinggal kepada pengemis wanita yang buta itu. Temanku pantas merapati aku lalu berkata "hah, banyak duit ko iwanqais. sure parent ko buka kilang buat duit nih, tu ada lagi sorang. pegilah hulurkan bantuan", Dengan sinis kawanku berkata. Aku hanya tersenyum. Namun hatiku penasaran lagi. Seperti kata kawanku, aku melihat ada seorang lagi pengemis. Tapi ini kanak-kanak.

Hatiku menjadi tawar kali ini. pantas aku berfikir, kenapa mereka dilahirkan sebagai pengemis. menagih kasih orang lain untuk meneruskan hidup. sedangkan dalam al-quran Allah berfirman "Kami tidak akan mengubah nasib satu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri". Hati jadi penasaran lagi. Lantas aku berlalu. Aku biarkan pengemis itu. Kebetulan dalam saku aku hanya ada beberapa sen. Duit dalam dompet aku malas usik. Aku merapati kawanku lalu ia mula bercerita..


"iwanqais, ko tak tahu. mcm mana aku pernah terkena." Kata yang lahir dari kawanku, membuatkan aku tertanya. "Terkena apa?, tanyaku kembali..
"Dulu aku mcm ko iwanqais, pantang nampak pengemis. mesti aku hulur sekeping dua. ko ingat hati aku keras sangat ker?.. Aku hanya tersenyum sambil menanti tutur kawanku.. " Tapi, sejak peristiwa petang itu. Aku jadi anti pada pengemis. Ko tahu. mereka sebenarnya bangkai bernyawa. Pelakon kelas pertama yang layak mendapat anugerah bintang popular." Aku biarkan kawanku meluahkan segalanya. Walaupun hatiku sedikit tercalar dengan kasar katanya mengherdik sang pengemis itu.. "Petang itu, aku bersama izham. kami lepak di gerai yang selalu kita lepak. ko tak der sebab sibuk dengan kuliah. dan ketika itu, datang seorang pengemis yang memakai cermin mata. aku sangka dia buta sebab bertongkat. dan kakinya juga tempang. kesian aku tengok dia berjalan. lalu pengemis itu menghampiri kami. aku simpati sangat. lalu aku hulurkan wang $10 kepada pak cik itu. mukanya sudah tua. kiranya aku ikhlas. selepas dia mengucapkan terima kasih lalu dia berlalu. tetiba hatiku jadi penasaran. selepas itu pengemis itu terus masuk ke lorong laluan ke gerai belakang. dengan penasaran aku mintak diri lalu aku ikuti pak cik itu dari belakang. aku cukup hati-hati takut disedari. namun alangkah terkejutnya aku, dari jauh ke lorong itu. aku lihat pak cik tadi berjalan seperti orang sempurna. kakinya yang tempang pulih sama sekali. tongkat dilipatnya. malah cermin mata hitam di buangnya. lalu dia menyalin pakaian dan berlalu ke sebuah kereta. Alangkah bengangnya aku melihat penipuan sang pengemis jalanan itu. dan sejak itu aku bersumpah yang aku tak akan terpedaya lagi dengan sang pengemis.".. Begitulah yang dijelaskan oleh teman baikku.

Hatiku tetiba menjadi marah. Rupanya benarlah kata orang. "Kadang apa yang kita lihat dengan mata kasar tak mampu meyakinkan hati, namun itulah kebenaran yang harus kita sedari".. Aku menjadi marah. Aku juga mungkin tertipu selama ini. Petang itu hatiku terus menjadi keras. Seutuh batu. Aku marah dengan sang pengemis. Rupanya mereka ini meratah kemewahan dari ihsan orang lain. Pesananku kepada semua. Berhati-hatilah dalam amal jariah kalian. Janganlah sampai amal jariah ikhlas yang dihulurkan diberi pada insan yang tidak sepatutnya. Beramal dengan orang yang benar-benar memerlukan. Bagi aku, aku halalkan semuanya. Mungkin kesusahan yang mereka pamerkan mampu menggamit hati kecilku, namun kini aku lebih berhati-hati. Aku takut terpedaya lagi...

p/s: semoga paparanku kali ini menyedarkan semua. aku harap kawan-kawan diluar sana lebih berhati-hati. tak salah untuk beramal. tapi biarlah kita tidak tertipu. salam manis buat semua.


nukilan:
iwanqais..

Friday, December 19, 2008

Janjiku.........


Janjiku tetap aku ingati, namun untuk serahkan seluruh kehidupan ini buatmu, maaafkanlah aku. Aku tidak mampu. Aku insan yang serba kekurangan. Aku tak punyai harta yang bertimbun untuk memberikan dirimu kemewahan dalam hidup. Namun, aku tetap mempunyai sekeping hati yang penuh dengan kasih sayang serta keikhlasan untuk mencintaimu sepernuh hati setelah cintaku begitu utuh buat Allah swt, Rasul saw dan kedua ibubapaku..

Kiranya aku gagal, maafkanlah aku. Namun ketahuilah, sejak cinta yang didatangi Allah ini muncul. Aku gembira sekali. "Kadang Allah hilangkan matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat, puas kita meratapi kemana hilangnya matahari, Rupanya Allah mahu menghadiahkan kita pelangi yang indah"...

Ingatlah, andai ini suratan. Hubungan ikhlas ini pasti akan menemui kebahagiaan. Selagi nafas ini berdenyut, aku pasti mempertahankan cinta yang dianugerahkan kepadaku ini..
Semoga Allah memberkatiku dalam sisa perjalanan hidupku..
Amin...



Hatiku Tenang Untuk Ini......

KeredhaanMu
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Segaris luka semalam...

kala pagi yg gerimis,
aku merenung ke luar jendela sepi,
sang mentari mula menjengah wajahnya,
menampakkan senyuman yg bakal menyinari seisi dunia.

namun diriku,
entah bagaimana kesudahanya
kerana segaris luka semalam yg tinggal,
bisakah sembuh,
agar aku bisa menjadi seperti sang mentari
menghadiahkan bahagia bagi tiap mata yg memandang.

kerana segaris luka semalam,
aku takut menghadapi dunia
aku mula curiga kepada tiap hati manusia
entah mengapa..

aku tahu aku cuma insan biasa yg lemah,
tiada daya andai diperlakukan dengan sewanangnya,
namun,aku tetap kan tabah
demi cinta dari Tuhanku Yg Esa

kerana luka semalam,
aku bangun kembali dan melangkah lagi
tidak akan aku berpaling
kerana luka itu akan daku jadikan sebagai satu azimat
untukku menghadapi apa jua rintangan
dan aku tidak akan tersungkur lagi..


nukilan,
..gadis gerimis..
19 Dis 2008.

p/s:- untuk nukilan ini terima kasih aku ucapkan kerana ianya dituju khas buatku. semOga Allah memberkatimu dan sepanjang hidupmu, kamu akan menemui bahagia. Terima kasih gadis gerimis. sinar akan kembali cerah dalam hidupmu....

Thursday, December 18, 2008

Ku Buka Ruang Untuk Semua Kekawanku....

Assalamualaikum....
Sebagai aku menghOrmati semua kekawanku termasuk pelawat ke blOgku yang serba kekurangan ini.. Maka dengan besar hatinya aku mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi cerita, puisi cinta atau apa sahaja untuk diletakkan bersama di blOgku ini sebagai tatapan pembaca semua..

Hantarlah warkah anda ke emel ku, iwanqais@hotmail.com.
i'Allah akan aku paparkan di blOg yang terbina ini.

Salan rinsakasih buat semua...
Wasalam...

Wednesday, December 17, 2008

IwanQais

Terimalah sajak khas buat lelaki bernama iwan qais....
iwan qais,
Penuh cinta kepada penciptanya,
Penuh kasih kepada keluarganya,
Penuh sayang kepada sahabatnya,
Penuh cita2 dalam hidupnya,
Penuh redha tiap cubaan yg menimpanya.
iwan qais.
ku kenal sejak dulu,
melalui satu pertemuan yg x terduga
membuahkan satu ikatan yg berpnjangan.
iwan qais,
sentisa tersenyum,
kepada org2 disekelilingnya
walau hatinya penuh kelukaan lalu
yg penuh kepahitan.
iwan qais,
pernah terguris hatinya,
pernah tercalar keimanannya,
kerana seringkali diduga
oleh manusia2 hipokrit
dalam laluan perjalanannya yg x terduga
iwan qais,
tetap berusaha bangun dan melangkah
walau sesukar mana
cabaran yg menduga hatinya
walau sesulit mana ranjau kehidupan
kerana dia tahu,
Yang Esa menyintai insan tabah sepertinya..

Nukilan:-
Fatihah Jamaludin
Machang, Kelantan.
17-12-2008

Saturday, December 13, 2008

"Cinta Yang Terindah"

Cinta, Cinta, Cinta!!!!!!!!!
Sukar untuk manusia seperti aku untuk mentafsirkan maksud cinta yang sebenar. Kerna aku hanyalah seorang insan kerdil yang dilahirkan ke dunia ini melalui perantaraan ibuku. Aku bersyukur dengan nikmat ini. Tanpa mereka, siapalah aku ini.

Lahirnya manusia ke dunia, semua alam akan terhenti. Zikir, azan dan iqamat menjadi saksi pengenalan diri kepada Yang Maha Esa. Tatkala itu juga, muncul sang Iblis yang mula membuat angkara. Sentiasa membisikkan kalimah palsu untuk menyesatkan manusia. Namun kekuatan Al-quran mampu menangkis godaan syaitan yang tidak jemu menghasut manusia.

Maka di sinilah munculnya cinta. Ataupun dikenali dengan kasih sayang. Kejujuran dan keikhlasan yang lahir dari hati manusia, nikmat terbesar kurniaan Allah swt. Apabila semuanya terkumpul manusia mula terasa bahagia. sementara hidup di dunia yang penuh pancaroba dan fatamorgana ini, hidup manusia sering di uji. Namun, Kekuatan cinta dan kasih sayang yang dipenuhi keimanan mampu menjadi manusia tabah untuk melalui semua dugaan ini. tatkala mereka tersungkur, masih ada cebisan kasih sayang yang datang menjelma. dari insan yang menjelma dari insan yang mereka kasihi dan cintai. Kalaupun tidak mereka tidak bimbang, cebisan kasih dari Yang Maha Kuasa masih ada untuk mereka sekalipun ianya tidak mampu dilihat. namun ia masih ada. tetap ada buat selamanya...

Cinta yang terindah adalah cinta agung dari Yang Maha Pencinta, Maha Kasih Sayang dan Maha Pemurah. Pernahkah kita menghargainya?. Tanyalah diri dan cernakanlah ia di akal fikiran. Jangan biarkan ia menjadi tanda tanya yang tiada berpenghujung. Carilah jawapan atas benak sendiri. Kalaupun gagal semaklah al-quran. carilah terjemahan. Fikirlah kesudahan. Amati kata wahyu yang dianugerahkan Tuhan. pernahkah kita sujud syukur tanda keinsafan?. Tanyalah diri lagi. Pernahkah? Pernahkah?...

untuk menjadi sesempurna yang mungkin, memanglah mustahil. sebab manusia dilahirkan dalam serba kekurangan. namun kita tetap boleh menjadi manusia yang sempurna dengan iman dan akal yang diberi. pernahkan kita memahami? jawapannya belum pasti...

Justeru, sebagai pengakhiran kisah ini. renunglah ke dalam dasar diri, dan carilah makna dirimu yang sebenar. sama-samalah kita mencari makna diri kita. moga mendapat keredhaan Allah swt selamanya.....

iwanqais..

Cintailah Dirimu....


Kembali kesini membuatkan hatiku cukup tenang, cOretan yang aku persembahkan hanyalah untuk merawat kesepianku. Kerna hanya aku mengenali diriku. Ketawaku, senyumanku hanya aku yang mengerti..

erm, cintailah dirimu sepenuh hatimu. tanpa kamu mencintai dirimu dengan sepenuh hatimu, kamu tidak akan mengenali pencintamu malah sekalian kali ini juga kamu tidak akan dapat mencintai insan yang ditakdirkan buatmu dengan sepenuh hatimu. percayalah pada kata hati kamu, sukar untuk kita mencari kesempurnaan diri kerana setiap manusia yang diciptakan serba dalam kekurangan.



kepunyaanmu, hanyalah sementara. justeru, kamu harus menghargainya. tanpa penghargaan, sesuatu itu tidak sesempurna. "kiranya kamu tidak mampu untuk menjadi pelita mahupun lilin yang dapat menerangi kegelapan, tetapi memadailah kamu mampu menjadi kunang-kunang yang menerangi kegelapan"...

kunang-kunang walaupun seekor binatang yang kecil, cahayanya mampu menerangi kegelapan. namun, manusia lansung tidak memandang padanya. sedangkan hakikatnya. hati binatang itu lebih mulia. ia hadir di kala malam menjelma. hanya sekali cahayanya mampu menerangi kegelapan. kerna riwayatnya hanya semalaman. paginya ia akan terkapar-kapar mencari malam, dan akhirnya ia mati tanpa meninggalkan kesan. arh, sedihnya riwayat sang kunang yang menerangi malam. namun, sedarkah kita pada penciptanya.....

sebagai teman, kawan, sahabat. aku amat menyayangi semua kekawanku. kerna bagiku. sekali kita menghulurkan tali persahabatan, kita tak mampu untuk menariknya semula. kerana sekali berkawan, selamanya bermakna. inilah rules dalam sebuah persahabatan. saling berpesan dengan kesabaran dan kebenaran. tanpa seorang kawan kita sukar untuk mengenali kehidupan. justeru, hargailah kawan yang kamu perolehi. selamanya.. dan sesuatu yang paling penting janganlah kamu lupa untuk mencintai dirimu sepenuhnya dan selama-lamanya, tanpa kehadiran cinta hidup manusia tidak bermakna..........

Friday, December 12, 2008

Rahsia Penghujung Senja..

Seawal Permulaan…

Iwan qais memandang jauh ke luar jendela. Matanya sayup-sayup memandang ke ufuk bukit yang berhadapan dengan rumahnya. Sauja kehijauan terpancar di rona matanya setelah tempias pancaran matahari terkena pada dedaun pohon sawah padi yang terbentang luar. Suara kicauan burung kedengaran sayup-sayup di gegendang telinga. Tatkala itu juga segalanya menterjah ke minda. “Aduh, letihnya hidupku ini. Saling badai menghempas pantai.” Luah suara hatinya. Dalam diam iwan qais terus mengingati segala memori kisah hidupnya. Apa yang berlaku dua tahun lalu terus muncul diminda. Umpama roda yang berputar.

Saat itu iwan qais leka dengan tinta kuliahnya. Penggal keempat pengajiannya di salah sebuah ipt di kelantan darul naim itu. Hatinya cukup gembira ketika itu. Segalanya amat mengembirakan hatinya. Dewan professional uitm itu terus menggamit suara hatinya. Disitulah segalanya tercipta. Angan-angannya untuk mencapai segulung diploma untuk mengembirakan hati orang tuanya. Puas ia betelingkuh dengan buku, para pensyarahnya. Dalam diam impiannya untuk mendapatkan sijil dekan termakbul jua. Pantas is sujud syukur mengenangkannya. Seimbau kenangan itu, hatinya tenangn gembira. Ingat lagi, semester ketiga tahun itu. Dia cukup rakin, ke perpustakaan tiap kali ada kelapangan. Saat ada masalah dalam pelajaran. Pensyarahlah tempat dirinya membuat rujukan. Cik siti sarah bt Januri. Nama salah seorang pensyarah yang cukup dingati dalam hidupnya. Kerana cik sarahlah dia pulun jua untuk dapatkan sijil dekan bagi semester itu. Apa yang berlalu, dia biarkan berlalu. Baginya permulaan yang baru, harus diteruskan jua. Walaupun laluan itu sesukar rupa.

Alhamdullilah, setelah perit benar yang dilaluinya. Akhirnya semester itu cukup membanggakan hatinya. Bukannya rasa riak hadir dihati. Tetapi rasa syukur pada Ilahi yang tak terhingga banyaknya. Pada kawan, teman yang selalu membantunya. Hanya ucapan teriama kasih dalam doa yang ditipnya. Biarlah rahsia hatinya tiada siapa yang tahu. Namun, benarlah pepatah melayu keturunannya. Janganlah disangka panas sampai kepetang, jangan pula dicurahkan air dalam tempayan. Bila guruh dilangit kedengaran. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Malam itu tinta permulaan hidupnya yang suram. Dalam kesamaram, sekitar jam 4.30 pagi iwan qais tersedar dari jaganya. Jantungnya berdengup kencang. Nafasnya tercungap-cungap. Dikuatkan dirinya ke tandas ketika itu. Untuk mengambil wuduk, akhirnya ia jatuh keletihan. Setelah cuba ditabahkan hatinya. Ia segera beredar keluar setelah sempat mengambil wuduk. Hatinya cukup gelisah. Nafasnya masih seperti tadi. Tetiba kepalanya pusing. Umpama bumi berputar, tsunami melanda pandai. Dicapainya al-quran, namun suaranya hanya tiba dikerongkong. Terus dicapai telefon bimbitnya menelefon kedua orang tuanya, meminta ampun dan maaf andai ada dosa. Ketika itu dia pasrah seandainya tiba ajal datang menjemputnya. Kapan, dia terus terlena selepas itu. Setelah sedar ia terus cuba kuatkan diri. Namun kehendah Ilahi sudah pasti. Dia terus mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya di kedah, setelah orang tuanya datang menjemput. Hatinya tawar ketika itu. Pelajaran yang disayanginya terus dilupakan buat sementara waktu. Baginya, kesihatan perlu diutamakan.

Saat Pengharapan….

Puas sudah ia cuba untuk menyembuhkan penyakit yang datang secara tiba-tiba. Umpama bidlan orang tua, “penyakit itu, datangnya umpama kilat. Perginya unpama semut”, sakitnya masih belum pulih. Puas keluarganya berubat. Keserata negeri. Bukan sahaja secara tradisional. Malah perubatan moden juga dicubanya. Pakar sekalipun masih belum dapat punca penyakitnya yang sebenar. Akhirnya iwan qais kecewa. Kemana lagi harus pengharapannya bermula. Setelah cabaran getir harus dilaluinya. Diingatnya juga. Saat dia nazak dan orang kampung beramai-ramai membacakannya surah yaasin. Ketika itu difikirannya hanyalah ampun maaf daripa keluarga tercinta. Setelah dua bulan berlalu, penyakitnya masih belum pulih. Sedangkan kuliahnya di uitm mesti diteruskan. Kata putus yang diambil, dia terpaksa menangguh pelajarannya buat sementara waktu. Itulah jalan yang dirasakan paling tepat ketika itu.

Hari demi hari berlalu merangkak ke minggu, bulan dan tibalah masanya untuk dia meneruskan pengajiannya yang tertangguh. Dalam masa itu jugalak dia terus berubat, namun akhirnya masih belum jumpa penawarnya. Hidup tetap perlu diteruskan. Di kembali ke kolej kediamannya untuk memulakan semester yang baru. Namun ujian datang lagi. Dan kalinya lagi hebat. Dia dirundung malang, sakitnya datang lagi. Kali ini lebih parah. Sehingga ia meronta-ronta sendiri. Hatinya mula tawar, pelajaran sudah diabaikan. Harapannya untuk terus hidup tenggelam. Dan dia pasrah ketika itu. Jalan pintas yang diambilnya atas kerelaannya sendiri. Berhenti dari belajar di universiti. Saat itu hatinya hampa kecewa. Namun, akhirnya iwan qais redha.

Sepanjang perjalanan hidupnya selepas itu amat suram. Namun iwan qais besyukur kerana dianugerahkan kepadanya seorang kwan, teman yang amat setia. Saat dia belawan kesalitan. Sahabat itu muncul. Wan Nadzirah Wan Mohd. Nama teman yang paling teristimewa. Insan inilah yang cukup tabah melayani saat kesakitan membenam jiwa. Wan nadsirah tidak pernah jemu menemaninya, memberikan semangat untuk dirinya bernafas semula. Alhamdulillah, setelah hamper setahun merawat penyakitnya. Dia beransur pulih sedikit walupun bukan sepenuhnya. Kali ini iwan qais cuba bangkit semula. Dilupakan apa yang telah berlaku keatasnya. Dia mengambil keputusan untuk menyambung kembali penyajiannya di sebuah kolej biasa. Atas semangat teman yang menitipkannya, dia bingkas mempunyai kekuatan. Walaupun dia tidak pasti. Itu laluan yang harus dilalui. …….

Sunday, December 7, 2008

PengOrbanan Dalam Aidiladha....

Bertemu tanpa kata, Berbicara tanpa suara. Aku kembali lagi ke blOg kesayanganku ini. Tanggal 8/12/2008 semua umat islam semalaysia menyambut hari raya aidiladha ataupun lebih dikenali dengan nama hari raya kOrban. inilah tuntutan islam sempena hari raya kOrban ini. Sesiapa yang berkemampuan haruslah menunaikan ibadat korban. Tuntutan islam harus dipatuhi dan diikuti. Begitulah asam garam kehidupan.

Saat ini, semua binatang ternakan akan menangis kegembiraan. Hati binatang redha andai dipilih untuk dikorbankan. biarpun pengorbanan mereka tiada siapa yang mengerti. Kerna mereka makhluk yang hanya diberi otak, bukannya akal fikiran.

Bukan ini yang aku ingin bicarakan, aku hanya ingin mencoretkan pengorbanan Nabi Ibrahim yang mencetuskan pengorbanan yang meninggalkan sejarah terbesar. untuk mengorbankan anak tersayang bukanlah perkara yang mudah. hanya kekuatan iman dan takwa saja yang dapat mengatasinya. inilah yang dinamakan pengorbanan aidiladha.

sempena ini, aku ingin menyusun sepuluh jari tanganku ditambah sepuluh jari kakiku memohon ampun dan maaf andainya aku tersalah kasar dan bahasa selama aku mencoretkan sesuatu buat tatapan semua. ingatlah, pengorbanan kita kini tidaklah sekuat dan sehebat pengorbana zaman para rasul dulu, namun haruslah diteruskan pengorbanan diri untuk kegembiraan orang lain. pasti kita akan tersenyum gembira nanti...

wasalam...

Tuesday, December 2, 2008

Lakaran yang Terhakis.......

Kanvas yang tercipta sungguh indah untuk dilihat, tetapi ianya sukar untuk dimengertikan. siapa kita, untuk apa kita, dari mana kita, hanya Allah yang tahu. seusai, apa yang sedia ada ini haruslah kita hargainya. kerana inilah tanda nikmat yang diperOlehi itu kita bersyukur akannya.

Kadang apa yang kita lihat itu tak mampu untuk meyakinkan hati, namun ketahuilah kadang itulah kebenaran yang kita cari. Hanya kekuatan dalaman kita yang mampu membawa kita merasai kebahagian hidup ini..

Lakaran gambar yang di emelkan kepadaku ini membuatkan aku tersenyum gembira. datangnya dari seOrang insan yang mengembalikan senyumanku. pertemuan tanpa disangka. akhirnya membuah bahagia. bukannya aku tak merelakan, namun takdir yang indah ini membuatkan rasa bahagia yang selama ini hilang kembali. kepahitan dalam hidupku kembali dengan kemanisan. cuma. kadang kala aku yang tersalah percaturan hidup ini. aku yang memilih jalan salah sedangkan jalan kebenaran terbentang luas untukku. benarlah kata orang, sekali kita melakukan perkara yang salah, berulang kali kita akan melakukannya semula. namun, Allah itu sentisa membuka ruang untuk hambanya yang hina kembali kepangkal jalan.



Ya Allah, semOga dengan pengabdian diriku ini. hatiku akan tenang dalam menempuhi liku-liku perjalanan hidup di atas muka bumi-Mu ini. Hamba mengerti makna diri ini. Kekhilafan hamba terlalu banyak Ya Allah. Hamba sujud dengan hina diri kepada-Mu. Ampunilah dOsa-dOsa hamba. bukakanlah pintu taubat untuk hamba. semOga sisa-sisa perjalanan hidup ini memberi erti dalam hidupku...



Biarlah Diriku Memahami Suratan ini...

Qalaminda bookshop tempat yang tidak asing lagi bagi Iwan qais. Itulah nama tempat yang selalu dihabiskan waktu hujung minggunya. Baginya di kedai buku itu sahajalah yang mampu menangkan hatinya setelah seminggu bekerja secara praktikal di Paradigma Engineering Sdn. Bhd. Akuinya, kerja secara praktikal di kilang itu semangnya memenatkan. Bukan sahaja fizikalnya, malah fikirannya turut sama terasa peritnya. Terpaksa dilaluinya juga setelah itu yang harus ditempuhnya. Syarat untuk lulus dengan cemerlang belajar di kolej komuniti dan merupakan satu subjek secara praktikal. Semester ketiga semua pelajar dikehendaki mengikuti Latihan Industri di firma yang telah ditetapkan. Itupun setelah dipilih sendiri oleh pelajar. Mahu atau tidak, dia terpaksa tabahkan hati melalui kehidupan sebagai seorang budak praktikal di firma itu. Tugasnya kadangkala berubah, kejap sebagai seorang mechanist, kejap pula sebagai darfman. Namun, tugas yang diberikan, harus disempurnakan dengan cemerlang yang mungkin. Itu sajalah caranya untuk dia mendapat markah yang tinggi bagi semester ini. Semuanya harus dilaluinya dengan redha. Namun dia bersyukur kerana rakan sekerja dan bosnya amat prihatin dan mengambil berat sekali. Tidak adapun rasa bosan sepanjang sudah 4 bulan dia menjalani latihan industri di firma itu. Baginya, keletihan yang dialaminya adalah kesan daripada penyakit misteri yang telah menghantuinya sejak 2 tahun yang lalu. Sebagai anak lelaki, dia harus jua tetapkan hati dan meneruskan segala kehidupan yang telah ditetapkan untuknya. Suratan Ilahi harus diterima seadanya.

Dipintas kembali, iwan qais amat gembira sekali setelah diterima sebagai pekerja sambilan di qalaminda bookshop. Sedikit sebanyak, itu dapat membantunya dari segi keewangan. Sememangnya, ekonomi sekarang amat memberansangkan. Sekiranya dia melepaskan peluang itu dan hanya mengharapkan duit dari orang tuanya sahaja, itu pastinya tidak cukup untuk dia meneruskan kehidupannya. Tambahan, dia sememangnya ingin hidup berdikari di atas kaki sendiri. Cukuplah kesusahan yang dialami keluraganya kini. Kini masanya adalah membalas segala budi orang tuanya. Nyata, pilihannya tepat sekali. Di kedai buku itulah hatinya tenang. Jiwanya berbunya riang. Masa yang terluang dihabiskan dengan membaca buku. Bukan sahaja buku-buku cerita, malah majalah, novel, buku-buku agama sampaikan ke komik, semuanya menjadi temannya di bookshop itu. Hatinya cukup gembira. Kadang, Allah datangkan guruh dan kilat. Kita mula gelabah dan tertanya-tanya kenapa. Tetapi akhirnya jawapan sudah pasti menenangkan, rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan kita pelangi yang indah. Itulah gambaran kehidupannya kini. Kalau dulu dia selalu termenung mengenangkan apalah nasibnya, namun kini tidak lagi. Dia sudah mendapat jawapan yang pasti. Jelas terpancar ketenangan di redup wajahnya. Lekok senyumannya tidak pernah pudar setelah semuanya diterima dengan keikhlasan.

Masa berlalu begitu pantas, jika dihitung. Sudah hamper 5 bulan dia bekerja di situ. Manakala ditempat praktikalnya hamper 4 bulan. Itulah jarak masa yang dia sendiri tidak pasti. Apa yang dirasanya kini, hidupnya cukup tenang. Cuma sesekali bila terkenangkan masa lampaunya, hati hibanya kembali datang. Mematahkan semua semangatnya. Dia tidak pernah lupa walaupun sekali kenangan masa lalunya. Terasanya amat sukar sekali membina kehidupan yang baru. Atas penghinaan yang diterimanya. Persoalan tentang dirinya, tarafnya, keturunannya membuatkan hatinya merajuk. Kenapa, salahkan dia ingin membina kehidupannya sendiri. Pada siapa harus dinyatakan rajuk itu. Akhirnya dia nekad. Hidup harus ada perubahan. Semuanya dia tamatkan. Padanya, semuanya harus di buangkan jauh-jauh dari hidupnya. Teman yang tidak membina harus disingkir dalam kehidupannya. Walaupun dia tahu itu bukannya perkara mudah baginya. Hidup harus diteruskan jua. Semuanya sudah ketetapan yang Maha Esa. Iwan qais sudah nekad, darilah laman mencari kawan dan teman, friendster, myspace, e-kawan, semua akaunnya tentang laman itu dipadamnya. Bukan itu saja, nombor talefon bimbitnya ditukar. Baginya kehidupan baru ini harus dilaluinya tanpa ada sebarang gangguan. Dia tidak mahu terus-terusan menerima penghinaan. Cukuplah atas penghinaan selama ini. Rajuk hatinya sudah tiada ubatnya. Penawarnya hanyalah masa depan. Bersama dengan teman-teman yang mahu mengerti. Bukannya bersama teman yang selalu menyakiti, yang menghina diri dan bukan juga bersama teman yang menuduh keburukan dirinya. Dia sedar, dia bukanlah seorang mahasiswa lagi. Rendah martabatnya jika dikira bersama temannya yang lain. Pekung di dadanya ditutupnya kini. Hatinya sudah keras. Sekeras-kerasnya. Tiada lagi kata-kata yang dapat melembutkan dirinya kini. Ketenangan lalu sudah dirampas, dan diganti dengan kenangan baru. Bairalah dia mulakan kehidupannya yang baru. Yang harus kekal baginya, buat selamanya. Dia tidak mahu sesiapapun terluka. Rela dikorbankan kebahagian dirinya, utnuk kegembiraan orang lain. Itulah ketulusan hatinya. Andainya keputusannya salah. Dia tidak akan menoleh lagi. Baginya, kaki yang melangkah kehadapan tidak seharusnya berpatah semula. Yang berlalu biarlah berlalu, yang baru harus diteruskannya. Barulah hatinya redha..



iwanqais.

07.41pm

Monday, December 1, 2008

Sebelum Cahaya Yang Terindah...

Sebelum Cahaya

kuteringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kekuatan hati yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta



Perjalanan yang sunyi ini, aku binakan agar aku mampu sentiasa tersenyum walaupun hatikatnya aku benar-benar dalam kesepian....
SemOga hari mendatang senyumanku akan manis semula..
iwanqais..

Sekilas Tentang Diriku............

Aku bukanlah dilahirkan sebagai seOrang penyair @ penyajak, apatah lagi untuk menjadi seOrang sasterawan yang bisa menyusun kata-kata menjadi madah terindah. Aku hanyalah seOrang insan biasa yang menumpang hidup sementara di bumi Allah swt ini. Maaflah andainya catatan yang terselit ini membuatkan ada yang tersalah faham ataupun terasa hati. Tujuan aku mencoretkan apa yang terbuku ini hanyalah sebagai menumpang kasih sementara nafas ini berdenyut...

Cukuplah aku dikenali dengan nama panggilan iwan. Qais hanyalah singkatan yang bermakna dalam hidup ini. jadi penggabungan ini memberi makna yang cukup menarik iwanqais yang bermaksud perubahan baru dalam hidup iwan.

Aku hanyalah insan yang dilahirkan dalam keluarga yang agak susah. jadi untuk teruskan hidup terpaksalah berdikari sendiri walaupun Aku merupakan anak bongsu di dalam keluarga. Namun aku amat bersyukur sekali kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang amat bahagia...

Ringkasan mengenai diri ini, asalku hanya bersekOlah rendah kebangsaan bumbung lima, aku melewati zaman seterusnya di sekOlah menengah Kebangsaan Pekula Jaya sebelum berhijrah ke Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani satu..

Setelah aku melewati zaman persekolah bermulalah aku di dalam kehidupan yang sebenar. aku tidak terus menyambung pengajianku kerana aku merasakan tibalah masanya untuk aku berdikari. bermula dari itu aku mengutip sisa perjalanan hidup dengan bekerja kilang. hampir dua tahun sebelum aku mendapat tawaran belajar ke uitm. Syukur ku panjatkan kepada Allah swt. Namun panas itu janganlah disangka sampai kepetang. kerna hujan muncul di tengah hari. aku mendapat penyakit misteri yang sukar mencari penawarnya. akhirnya kau terpaksa berhenti dari belajar dan meneruskan sisa kehidupan yang tertinggal ini..

Andai takdir, aku redha terima semuanya. Alhamdulillah, sekarang aku melanjutkan pelajaran yang tertinggal di salah sebuah kolej komuniti kementerian pengajian tinggi. mudahan perubahan ini memberi erti dalam hidupku...

Catatan Ikhlas,
iwanqais.....

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan