Tuesday, December 23, 2008

Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudianayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

p/s: "hargailah ibumu, ayahmu selagi mereka masih ada. kenangilah pengorbanan mereka. sesunggugnya syurga itu terletak pada kaki seorang ibu. buat ibu yang telah tiada. aku doakan agar Allah memberkati semuanya di sana. Terima kasih ibu.

2 comments:

Unknown said...

ibu adalah segalanya dalam hidup kita.tanpa kesakitan yg ditnggung semasa mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari,dan nywanya diibaratkan seperti sehelai rambut dibelah tujuh semasa melahirkan kita,mustahil utk kita menikmati dunia indah ciptaan ALLAH ini.ibu ratu hati kita sume dan syurga ditelapak kaki ibu.sayangilah org tua kita selagi mereka masih ada didunia ini.peluk dan cium tgn mereka.namun,jika mereka sudah tiada,perbanyakan doa dan sedekahkan ayat suci Al-quraan agar mereka diberi ketenangan disana dan memberi cahaya dikubur mereka.sesungguhya,beruntunglah tiap ibu bapa yg memiliki anak yg soleh dan solehah.

OJENG said...

nice post.huhu.
i like this one.
jasa ibu memnag tak terbalas.
so jaga ibu kita yg tue bila kita besar macam ibu jaga kita masa kita kecil.
semoga kamu jadi anak yg baik2.saya juga.huhu

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan