Sunday, December 21, 2008

Si Pengemis Jalanan....


Kata orang lama, semakin jauh perjalanan yang tertempa. Semakin luas permandangan yang akan dilihat, malah semakin banyak juga pengalaman yang diperolehi. Meskipun kenangan dan pengalaman itu ada yang manis, pahit, masam semuanya pasti akan dirasai. Sebagai keperluan hidup, segalanya harus ditempuhi..

Kira-kira sebulan yang lalu aku keluar bersama kawan baikku ke sebuah pasar malam yang berhampiran dengan tempat tinggalku. Ketika itu, aku tidak membuat sebarang pekerjaan. Jadi daripada membuang masa begitu sahaja, aku pantas menghantarkan pesanan ringkas kepada kawannku dan ajak menemaniku petang itu. Hari masih jauh muda ketika itu. Panas matahari senja belum muncul. dari terperap di rumah mengadap laptop kesayanganku lebih baik aku keluar mengambil angin..

Lalu, setibanya di pasar malam petang itu, jam ditangan menunjukkan angka 6.30 petang. huh, masih awal lagi. banyak gerai-gerai yang masih lenggang tanpa pengunjung. Dari kejauhan aku melihat, ramai orang berpusu-pusu masuk dari arah jalan laluan utama. aku mengikuti laluan lain ketika itu. selalunya jalan utama sibuk. Aku terus mengekori kawannku dari belakang. Malas aku mahu mendahuinya. Bagi aku, aku suka sangat permandangan di pasar malam. Saat pembeli beratur untuk membeli sesuatu dari penjual dan saat tawar-menawar yang dilakukan mereka. Aku terus jua berjalan sambil memandang ke kiri dan ke kanan.. Lalu mataku berhenti pada seorang pengemis tua. "Aduh, daifnya diri orang tu". Kataku di dalam hati. Lantas aku menyeluk saku seluarku dan menarik beberapa cebisan wang yang ada. lalu ku hulurkan ke dalam gelas yang dipegang pengemis itu. Tanpa ucapan terima kasih aku berlalu. Kawan sebelahku hanya memandang sinis tanpa berkata..

Aku terus membututi dirinya. Aku ingat hanya seorang pengemis di situ. Namun, sangkaan ku meleset. Di persimpangan jalan aku melihat seorang lagi pengemis wanita tua. sedang bongkok menghulurkan gelas yang dipegangnya. Hatiku amat tersentuh akan kesusahan orang lain. Kerna aku tak sanggup melihat kesusahan orang lain. Sanggup aku korbankan kebahgiaan diri ini uttuk melihat kegembiraan dan senyuman insan lain. Hatiku akan gembira untuk itu. Sekali lagi aku meyeluk saku dan memberikan wang baki yang tinggal kepada pengemis wanita yang buta itu. Temanku pantas merapati aku lalu berkata "hah, banyak duit ko iwanqais. sure parent ko buka kilang buat duit nih, tu ada lagi sorang. pegilah hulurkan bantuan", Dengan sinis kawanku berkata. Aku hanya tersenyum. Namun hatiku penasaran lagi. Seperti kata kawanku, aku melihat ada seorang lagi pengemis. Tapi ini kanak-kanak.

Hatiku menjadi tawar kali ini. pantas aku berfikir, kenapa mereka dilahirkan sebagai pengemis. menagih kasih orang lain untuk meneruskan hidup. sedangkan dalam al-quran Allah berfirman "Kami tidak akan mengubah nasib satu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri". Hati jadi penasaran lagi. Lantas aku berlalu. Aku biarkan pengemis itu. Kebetulan dalam saku aku hanya ada beberapa sen. Duit dalam dompet aku malas usik. Aku merapati kawanku lalu ia mula bercerita..


"iwanqais, ko tak tahu. mcm mana aku pernah terkena." Kata yang lahir dari kawanku, membuatkan aku tertanya. "Terkena apa?, tanyaku kembali..
"Dulu aku mcm ko iwanqais, pantang nampak pengemis. mesti aku hulur sekeping dua. ko ingat hati aku keras sangat ker?.. Aku hanya tersenyum sambil menanti tutur kawanku.. " Tapi, sejak peristiwa petang itu. Aku jadi anti pada pengemis. Ko tahu. mereka sebenarnya bangkai bernyawa. Pelakon kelas pertama yang layak mendapat anugerah bintang popular." Aku biarkan kawanku meluahkan segalanya. Walaupun hatiku sedikit tercalar dengan kasar katanya mengherdik sang pengemis itu.. "Petang itu, aku bersama izham. kami lepak di gerai yang selalu kita lepak. ko tak der sebab sibuk dengan kuliah. dan ketika itu, datang seorang pengemis yang memakai cermin mata. aku sangka dia buta sebab bertongkat. dan kakinya juga tempang. kesian aku tengok dia berjalan. lalu pengemis itu menghampiri kami. aku simpati sangat. lalu aku hulurkan wang $10 kepada pak cik itu. mukanya sudah tua. kiranya aku ikhlas. selepas dia mengucapkan terima kasih lalu dia berlalu. tetiba hatiku jadi penasaran. selepas itu pengemis itu terus masuk ke lorong laluan ke gerai belakang. dengan penasaran aku mintak diri lalu aku ikuti pak cik itu dari belakang. aku cukup hati-hati takut disedari. namun alangkah terkejutnya aku, dari jauh ke lorong itu. aku lihat pak cik tadi berjalan seperti orang sempurna. kakinya yang tempang pulih sama sekali. tongkat dilipatnya. malah cermin mata hitam di buangnya. lalu dia menyalin pakaian dan berlalu ke sebuah kereta. Alangkah bengangnya aku melihat penipuan sang pengemis jalanan itu. dan sejak itu aku bersumpah yang aku tak akan terpedaya lagi dengan sang pengemis.".. Begitulah yang dijelaskan oleh teman baikku.

Hatiku tetiba menjadi marah. Rupanya benarlah kata orang. "Kadang apa yang kita lihat dengan mata kasar tak mampu meyakinkan hati, namun itulah kebenaran yang harus kita sedari".. Aku menjadi marah. Aku juga mungkin tertipu selama ini. Petang itu hatiku terus menjadi keras. Seutuh batu. Aku marah dengan sang pengemis. Rupanya mereka ini meratah kemewahan dari ihsan orang lain. Pesananku kepada semua. Berhati-hatilah dalam amal jariah kalian. Janganlah sampai amal jariah ikhlas yang dihulurkan diberi pada insan yang tidak sepatutnya. Beramal dengan orang yang benar-benar memerlukan. Bagi aku, aku halalkan semuanya. Mungkin kesusahan yang mereka pamerkan mampu menggamit hati kecilku, namun kini aku lebih berhati-hati. Aku takut terpedaya lagi...

p/s: semoga paparanku kali ini menyedarkan semua. aku harap kawan-kawan diluar sana lebih berhati-hati. tak salah untuk beramal. tapi biarlah kita tidak tertipu. salam manis buat semua.


nukilan:
iwanqais..

2 comments:

Anonymous said...

ho3
<<~~dah penah kene gak..
owg minx derma kate nak wat umah anak yatim o wateva la...kat thai...hulur ar...tetibe jumpe owg 2 lek naek merc.....
panas x panas??
wuakakakakaa

SaYraH WonDerLanD said...

hmm...
stakat ni sarah x penah kena g..
tp yg baik d jadikan teladan yg x baik d jadikan sempadan...

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan