Monday, October 19, 2009

Malu Itu Kesusahan Bagi Kamu..........

"Kadang kala kita tak sedar hal membuatkan kita terbiar ke belakang, Namun adakalanya kita menoleh..Kita sudah kelewatan untuk kembali ke jalan yang membahagiakan kita"...



Satu hal perlu kita tidak pedulikan adalah perasaan malu yang terdapat pada diri kita..Maksudnya cukup jelas, kita perlu malu..Tapi mengikut tempat dan kalanya..Ramai tidak sedar, kebanyakkan manusia yang gagal adalah kerana perasaan malunya.bak kata pepatah, malu bertanya pasti sesat jalannya..

Justeru, singkanlah perasaan malu yang ada padi diri kamu jika kamu ingin berjaya dan usahakan sesuatu itu dengan rajin tanpa kenal erti putus asa.."Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya"..

Thursday, October 15, 2009

Bila Aku Meniti Hari

Bukan mudah untuk kita menjadi seseorang dalam hidup ini.. Aku kembali ke tempat asal aku yang sebenar.. Tiada tempat lain yang mampu aku curahkan melainkan hanya disini.. inilah kehidupan aku tanpa aku sedar.. penat aku berlari mengejar mimpi yang tak pasti, akhirnya aku tertewas dengan jalan yang aku pilih sendiri.. Alangkah lemahnya iman ku bila aku sering tertewas apabila di uji. Inilah lumrah manusia. mudah lupa apabila diberi kehidupan gembira sentiasa..

Namun, apabila aku toleh semua. Aku telah jauh dari landasan yang sebenarnya. aku tak pasti berapa lama aku mampu bertahan. Aku cuba untuk kembali pada jalan yang sebenar, namun aku tiada kekuatan itu. Ya Allah, sesungguhnya aku tahu, Engkau tidak aku mengujiku diluar batas kemampuan ku sendiri............

Saturday, October 10, 2009

Sesuati itu Sudah Ketetapan.....

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH

Friday, October 9, 2009

Zikirlah Kepada Allah, Ketenangan Akan Menjadi Milikmu...

Aku kembali berbicara, namun apa yang aku ingin kongsikan di sini adalah sesuatu yang amat berniali buat kita bersama dalam memuhasabahkan diri kita sebagai madah perjuangan hidup yang semakin penuh kedustaan. Ingatilah, Zikir itu sebagai kekuatan dirimu, disaat kamu lemah. Allah sentiasa ada padamu...
Faedah zikir:
Mendapat keredhaan Allah Yang Maha Pengasih dan dijauhkan gangguan syaitan, Menumbuhkan kebaikan dan mengangkat darjat seseorang, Melapangkan dada dan meluaskan kuburan, Mampu menjaga waktu dan menyatukan yang berkecai, Mendatangkan faedah yang paling besar dan dapat membantu kepada kebenaran, Pekerjaan yang paling mudah dan kebiasaannya yang paling mulia, Menjaga dari gangguan dan bisikan syaitan durjana, Menampakkan wajah keagunagn dan kemanisan..


"Ketahuilah, sedangkan orang yang solat itu hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Terkadang, dia tidak dapat melaksanakannya ketika dia sedang terbaring kesakitan. Demikian juga orang yang berpuasa, terkadang berat untuk melakukannya kerana sesuatu perkara. Juga orang yang bersedekah, terkadang dia sukar untuk menafkahkan hartanya kerana sesuatu perkara. Berbeza dengan zikir, dia dapat dilakukan bilamanpun dan sangat mudah. Namun demikian, nilainya paling mahal dan paling tinggi"

_semoga kita menghargainya selagi nyawa dikandung badan_
salam mesra dan peringatan,
iwanqais

Salah Itu Pilihanku........

"Saat kita kehilangan seseorang yang kita sayang, kita mula tertanya kenapa Allah takdirkan kita begini..Namun, apabila kita sedar hakikat itu. Rupanya Allah mahu berikan kita sesuatu yang amat bernilai..."

Hal inilah terlalu berat untuk kita memahaminya, kerana kita bukanlah sesiapa.. malah kita bukanlah seseorang yang sempurna..untuk menilai hati, kita memerlukan kekuatan akal fikiran tetapi untuk menilai akal fikiran kita memerlukan pengorbanan...

Dalam kehidupan ini, kita sukar mencari seorang sahabat..walaupun kita mempunyai ramai kawan..kerana sahabat itu hanya wujud bila kita dalam kesusahan dan apabila kita keluar dari kesusahan itu, sahabat itu akan pergi buat selamanya.....

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan