Aku kembali berbicara, namun apa yang aku ingin kongsikan di sini adalah sesuatu yang amat berniali buat kita bersama dalam memuhasabahkan diri kita sebagai madah perjuangan hidup yang semakin penuh kedustaan. Ingatilah, Zikir itu sebagai kekuatan dirimu, disaat kamu lemah. Allah sentiasa ada padamu...
Faedah zikir:
Mendapat keredhaan Allah Yang Maha Pengasih dan dijauhkan gangguan syaitan, Menumbuhkan kebaikan dan mengangkat darjat seseorang, Melapangkan dada dan meluaskan kuburan, Mampu menjaga waktu dan menyatukan yang berkecai, Mendatangkan faedah yang paling besar dan dapat membantu kepada kebenaran, Pekerjaan yang paling mudah dan kebiasaannya yang paling mulia, Menjaga dari gangguan dan bisikan syaitan durjana, Menampakkan wajah keagunagn dan kemanisan..
"Ketahuilah, sedangkan orang yang solat itu hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Terkadang, dia tidak dapat melaksanakannya ketika dia sedang terbaring kesakitan. Demikian juga orang yang berpuasa, terkadang berat untuk melakukannya kerana sesuatu perkara. Juga orang yang bersedekah, terkadang dia sukar untuk menafkahkan hartanya kerana sesuatu perkara. Berbeza dengan zikir, dia dapat dilakukan bilamanpun dan sangat mudah. Namun demikian, nilainya paling mahal dan paling tinggi"
_semoga kita menghargainya selagi nyawa dikandung badan_
salam mesra dan peringatan,
iwanqais
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment