Thursday, October 15, 2009

Bila Aku Meniti Hari

Bukan mudah untuk kita menjadi seseorang dalam hidup ini.. Aku kembali ke tempat asal aku yang sebenar.. Tiada tempat lain yang mampu aku curahkan melainkan hanya disini.. inilah kehidupan aku tanpa aku sedar.. penat aku berlari mengejar mimpi yang tak pasti, akhirnya aku tertewas dengan jalan yang aku pilih sendiri.. Alangkah lemahnya iman ku bila aku sering tertewas apabila di uji. Inilah lumrah manusia. mudah lupa apabila diberi kehidupan gembira sentiasa..

Namun, apabila aku toleh semua. Aku telah jauh dari landasan yang sebenarnya. aku tak pasti berapa lama aku mampu bertahan. Aku cuba untuk kembali pada jalan yang sebenar, namun aku tiada kekuatan itu. Ya Allah, sesungguhnya aku tahu, Engkau tidak aku mengujiku diluar batas kemampuan ku sendiri............

1 comment:

Alrasya^Syidah said...

bersabarlah..kerna setiap uji pasti ada hikmahnya..setiap yg terjadi ada mksd yg tersembunyi..allah itu maha adil...Oleh itu sentiasa bersabar dlm menempuhi perjalanan hidupmu...~

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan