Wednesday, January 20, 2010

Catatan 20/01/2010

Kem Bina Insan

Ada waktu, kita tak sedarkan yang sesuatu itu amat bermakna untuk kita. Hari ni, hari terakhir dekat kem. Sampai je kat kolej dalam pukul 4.30 petang. Terus saya balik rumah. Rehat, mandi dan tidor sekejap. Bangun jer tidor saya sakit kepala dan saya tahu, saya akan demam. Hidup perlu diteruskan walaupun apa jua keadaan kita.

Ya, roda tetap akan berputar pada paksinya sendiri. Hal itu adakalanya kita mudah leka Sepanjang berada di Kem Bina Insan, Kolej Komuniti Kepala Batas Sesi Jan 2010. Ianya amat bermakna buat saya. Banyak pengalaman yang dapat saya kutipkan & pastinya hal ini akan meninggal memori termanis dalam hidup ini. Pasti, hal semalam umpama sejarah buat kita.

Siapa yang suka kena marah, maki, herdik. Namun itulah lumrah yang perlu kita terima. Sebagai insan yang selalu khilaf dan melakukan dosa. Kita kena sedar. Saya simpati pada peserta. Walaupun saya datang sebagai Fasilitator, saya dapat merasai apa yang mereka rasa. Sebab saya pernah melalui hal sama.

Direndam didalam air di tegah-tengah malam. Itu hal yang membebankan. Namun, hukuman harus dijalankan. Kerana arahan amaran diengkar. Puncanya tak lain adalah kerana "sebatang rokok". Sinonim dengan lelaki. Rokok tak dapat dipisahkan. Ya, dan hal itu harus kita terima selagi kita merasainya. Banyak hal manis yang tak dapat saya lupakan.

Cuma, slot saya membantu agak berbeza. Saya hanya sebagai urusetia dalam bidang peralatan & pengangkutan. Namun, saya cuba sertai sebarang jua aktiviti yang memerlukan khidmat saya. Slot muhasabah diri. Slot keinsafan dari hati. Ya, itulah slot yang paling saya sukai. Bukan mudah kita akan menitiskan air mata penyesalan. Bukan mudah. Air mata itu senjata yang kuat di hati. Tapi, sekuat mana kita melangkah. Kita akan kembali ke jalan yang pertama. Justeru, tinta saya. Semoga kita selalu menginsafi kejadian diri. Demi kehidupan hakiki.

Sunday, January 17, 2010

Catatan 17/01/2010

Bukan mudah untuk kita membina bahagia. Ketawa kita, adakalanya tidak menjamin kebahagian. Terkandung seribu makna yang hanya dapat ditafsirkan melalui hati yang bernar-benar ikhlas memahami. Setiap kata kita, bukan sahaja harus menggunakan kata yang berhemah. Malah harus juga mempunyai makna yang jelas untuk berbicara.

Kem Bina Insan Sesi Januari 2010. Inilah kem yang harus aku lalui sepanjang minggu ini. Kem yang melatih aku menjadi insan yang harus menerima hakikat betapa sukarnya hidup ini. Walaupun aku datang sebagai urusetia, bukannya sebagai peserta. Aku masih dapat merasai apa itu kehidupan.

Belajar berdikari, disiplin, ketegasan. Semuanya harus dilalui. Ya, ada kalanya kata-kata yang kasar itu akan menyakiti hati orang lain. Tapi, kata-kata itulah yang paling bermakna dan akan kita kenang sampai bila-bila. Peristiwa hari ini akan menjadi sejarah semalam buat kita.

Esok kena bangun awal sebab banyak lagi tugasan yang perlu diuruskan. Walaupun letih, tanggungjawab harus ditunai dengan sebaik mungkin. Pesan ayah, 'dalam melakukan sesuatu tugasan, kita perlu lakukan dengan hati. Sebab dengan hati kita akan bahagia dengan tugasan itu, bukan keterpaksaan'.

Time to sleep...
iwanqais@hotmail.com

Thursday, January 14, 2010

Catatan 14/01/2010

Tempat Kerja Baru.

Aku ditukarkan sementara ke Kolej Komuniti Cawangan Tasek Gelugor. Tetapi tempatnya bukan di Tasek Gelugor. Tempatnya di Telok Air Tawar. Cuma kawasan itu di dalam Parlimen Tasek Gelugor. Kerja PKS bukanlah mudah. Dulu, aku ingat aku sekadar bekerja di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Namun, banyak kerja-kerja sampingan lain yang perlu aku lakukan. Bagi aku, adakalanya sesuatu itu bukanlah di bawah bidang kerja yang sepatutnya aku lakukan. Demi, hidup perlu diteruskan. Aku gagahkan juga untuk teruskan kerja ini. Mungkin ada pengakhiran yang baik nanti.

Kerja seorang diri hanya bertemankan sebuah laptop. Aku sendiri tak dapat bayangkan. Andainya dinding mampu meluahkan kata yang terbina pastinya mereka faham apa yang aku alami. Tapi aku tahu, semua ini mungkin hanya sementara waktu. Apabila kolej itu buka sepenuhnya aku mungkin akan kembali bertugas semula di Kolej Komuniti Kepala Batas. Mungkin.

Di fikiran aku. Aku ingin sangat mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Sebab aku yakin aku pasti akan dapat sesuatu yang lain. Masalahnya, aku kesiankan ayah. Sebab aku dah banyak kali mengecewakannya. Malah, sekiranya aku mengambung pelajaranku. Aku pasti akan membebankan banyak pihak. Kereta aku. Siapa yang mahu bayarkan. Alangkah baiknya kalau aku kayakan. Namun aku tahu, aku harus bersyukur dengan kehidupan yang aku miliki sekarang.

Sambung belajar @ tidak bukanlah hal yang perlu aku fikirkan sekarang. Hanya waktu yang akan menentukan segalanya. Harapan ini hanya satu, aku dapat kerja yang sesuai dengan jiwa dan kehidupanku. Hidup satu perjuangan yang perlu diperjuangkan. Hidup perlukan pengorbanan. Kembali tersenyum.

Monday, January 4, 2010

ATIKAH HAIRA

Shah dah makan?. Itulah bibit soalan pertama yang keluar dari mulut Haira tatkala bertemu dengan Shah Iskandar di taman permainan tempat mereka selalu bertemu. Kalau dihitungkan, sudah hampir dua bulan mereka tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan tugasan harian sehinggakan tiada kesempatan masa untuk mereka bertemu bermadu kasih.

Shah hanya memandang Haira tanpa menjawab soalan yang diajukan. Baginya rindu yang membajai hati perlu ada tuntasnya. Dia senang hati melihat Haira petang itu. Sepasang baju kurung biru air laut yang dikenakan Haira amat meruntuk hatinya. Kalau diikutkan perasaan, ingin sahaja dia memeluk Haira di situ. Namun kewarasan akal masih menguatkan keimanannya. Dia sudah berjanji pada dirinya, bahawa dia tidak akan menyentuh Haira sehinggalah saat Haira menjadi Isterinya.

Haira masih betah menanti jawapan dari Shah. Matanya liar memandang keliling. Lintas hatinya, tempat itu masih belum ada sebarang perubahan. Walaupun sudah hampir dua bulan dia tidak ke situ bersama Shah.
”Shah, Ira tanya ni. Kenapa Shah diam sahaja?. Shah tak sihat ya?.” Haira terusan bertanya soalan kepada Shah walaupun Shah masih diam seribu bahasa. Hanya sesekali Shah memandangnya dan melontarkan senyuman yang meruntun jiwanya. Manis sekali senyuman Shah.

Haira masih ingat lagi pertemuan pertama mereka. Ketika itu Haira sedang menyeberangi jalan untuk ke kedai makanan segera. Lepas pandang, dompetnya tercicir ketika dia menarik talefon bimbit yang sedang berdering lantang. Mujurlah ketika itu pemuda yang dibelakangnya perasan dan terus memanggilnya. Mulanya, Haira agak marah kerana pemuda itu mengganggu perbualannya. Namun, apabila terpandang dompet yang di pegang pemuda itu barulah dia sedar betapa cuainya dia. Mujurlah pemuda iru baik hati dan tidak mengambil kesempatan. Sejak itulah, dia mula berkenalan dengan insan yang bernama Shah Iskandar Shah Majid itu.

Bersambung...

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan