Tempat Kerja Baru.
Aku ditukarkan sementara ke Kolej Komuniti Cawangan Tasek Gelugor. Tetapi tempatnya bukan di Tasek Gelugor. Tempatnya di Telok Air Tawar. Cuma kawasan itu di dalam Parlimen Tasek Gelugor. Kerja PKS bukanlah mudah. Dulu, aku ingat aku sekadar bekerja di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Namun, banyak kerja-kerja sampingan lain yang perlu aku lakukan. Bagi aku, adakalanya sesuatu itu bukanlah di bawah bidang kerja yang sepatutnya aku lakukan. Demi, hidup perlu diteruskan. Aku gagahkan juga untuk teruskan kerja ini. Mungkin ada pengakhiran yang baik nanti.
Kerja seorang diri hanya bertemankan sebuah laptop. Aku sendiri tak dapat bayangkan. Andainya dinding mampu meluahkan kata yang terbina pastinya mereka faham apa yang aku alami. Tapi aku tahu, semua ini mungkin hanya sementara waktu. Apabila kolej itu buka sepenuhnya aku mungkin akan kembali bertugas semula di Kolej Komuniti Kepala Batas. Mungkin.
Di fikiran aku. Aku ingin sangat mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Sebab aku yakin aku pasti akan dapat sesuatu yang lain. Masalahnya, aku kesiankan ayah. Sebab aku dah banyak kali mengecewakannya. Malah, sekiranya aku mengambung pelajaranku. Aku pasti akan membebankan banyak pihak. Kereta aku. Siapa yang mahu bayarkan. Alangkah baiknya kalau aku kayakan. Namun aku tahu, aku harus bersyukur dengan kehidupan yang aku miliki sekarang.
Sambung belajar @ tidak bukanlah hal yang perlu aku fikirkan sekarang. Hanya waktu yang akan menentukan segalanya. Harapan ini hanya satu, aku dapat kerja yang sesuai dengan jiwa dan kehidupanku. Hidup satu perjuangan yang perlu diperjuangkan. Hidup perlukan pengorbanan. Kembali tersenyum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yeps hidup harus dperjuangkan ..
walau susah dan pahit sekalipun hidup harus dteruskan ..
jgn kita memandang ke belakang kerna yg berlalu xkan berulang kembali
ya sarah..
Post a Comment