Monday, January 4, 2010

ATIKAH HAIRA

Shah dah makan?. Itulah bibit soalan pertama yang keluar dari mulut Haira tatkala bertemu dengan Shah Iskandar di taman permainan tempat mereka selalu bertemu. Kalau dihitungkan, sudah hampir dua bulan mereka tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan tugasan harian sehinggakan tiada kesempatan masa untuk mereka bertemu bermadu kasih.

Shah hanya memandang Haira tanpa menjawab soalan yang diajukan. Baginya rindu yang membajai hati perlu ada tuntasnya. Dia senang hati melihat Haira petang itu. Sepasang baju kurung biru air laut yang dikenakan Haira amat meruntuk hatinya. Kalau diikutkan perasaan, ingin sahaja dia memeluk Haira di situ. Namun kewarasan akal masih menguatkan keimanannya. Dia sudah berjanji pada dirinya, bahawa dia tidak akan menyentuh Haira sehinggalah saat Haira menjadi Isterinya.

Haira masih betah menanti jawapan dari Shah. Matanya liar memandang keliling. Lintas hatinya, tempat itu masih belum ada sebarang perubahan. Walaupun sudah hampir dua bulan dia tidak ke situ bersama Shah.
”Shah, Ira tanya ni. Kenapa Shah diam sahaja?. Shah tak sihat ya?.” Haira terusan bertanya soalan kepada Shah walaupun Shah masih diam seribu bahasa. Hanya sesekali Shah memandangnya dan melontarkan senyuman yang meruntun jiwanya. Manis sekali senyuman Shah.

Haira masih ingat lagi pertemuan pertama mereka. Ketika itu Haira sedang menyeberangi jalan untuk ke kedai makanan segera. Lepas pandang, dompetnya tercicir ketika dia menarik talefon bimbit yang sedang berdering lantang. Mujurlah ketika itu pemuda yang dibelakangnya perasan dan terus memanggilnya. Mulanya, Haira agak marah kerana pemuda itu mengganggu perbualannya. Namun, apabila terpandang dompet yang di pegang pemuda itu barulah dia sedar betapa cuainya dia. Mujurlah pemuda iru baik hati dan tidak mengambil kesempatan. Sejak itulah, dia mula berkenalan dengan insan yang bernama Shah Iskandar Shah Majid itu.

Bersambung...

No comments:

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan