Wednesday, December 23, 2009

Catatan Duka Semalam.

Dalam meniti kehidupan, adakalanya saya terbabas ke persimpangan jalan. Puas saya menoleh mencari tanda untuk teruskan perjalanan. Akhirnya tewas juga dipersimpangan yang terakhir. Benarlah kata orang, ”beban yang tertanggung, lebih berat dari mata yang memandang”. Justeru, seusai masa yang ada, saya cuba mencari kekuatan hati dalam membina laluan sendiri.

Saya sering bertanya pada teman, terciptakah kebahagian itu buat insan khilaf seperti saya?. Jawapannya, ”Ya, pasti ada kesenangan disebalik kesusahan. Allah itu tidak akan menguji di luar batas kemampuan manusia”. Ada waktunya, hati ini tersenyum gembira. Malah, hati berbunga apabila mengetahui ada rahsia sebalik kehidupan yang tertempa.

Perjalanan ini, saya teruskan dengan hati yang tenang. Namun, kali ini saya terbabas jauh ke persimpangan. Manakah jalan yang terakhir itu. Kanan, kiri atau perlu saya berlari terus ke hadapan. Saya panik sendiri. Kaku di jalanan. Pimpinan hati semakin lemah menanti, jiwa memberontak tidak bertepi. Saya termangu lagi. ”Ya, Allah. Ampunilah hambaMU ini, hamba tersasar jalan lagi”. Hati ini merintih sayu, menunggu waktu yang berlalu.

Di persimpangan yang terbina, saya mencari makna kebahagian. Itukah yang manusia dambakan?. Ya, itulah kebenaran digapai. Sukar sekali mencari makna kebahagian itu. Kerana senyuman yang terukir dibibir tidak melambangkan ketenangan dijiwa. Adakalanya, hati menangis hiba tatkala bibir mengumtum bahagia. Dimanakah penghujungnya bahagia itu?.

Penasaran hati menambahkan kerunsingan diakal. Apakah perlu saya teruskan perjalanan ini. Andai saya tertewas lagi, saya pasti akan kembali. Jalan penghujung bukan berliku. Jalan penamat jalan perindu. Allah menanti andai itulah yang saya yakini.

2 comments:

Unknown said...

ALLAH NAK BERIKAN KEBAIKAN KEPADA KITA,TP,DIA AKAN KIRIMKAN MUSIBAH DAHULU BUKAN SENGAJA TAPI KERANA SAYANGKAN HAMBANYA..JADI,KITA HENDAKLAH REDHA

iwanqais said...

"Allah tidak akan menguji diluar kemampuan manusia"..

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan