Dulu, aku berminat sangat untuk menjadi seorang penulis yang bebas meluahkan apa sahaja yang berada diminda. Mencurahkan segala kesusutan yang menbajai hati serta meluangkan masa untuk berkata-kata dalam dunia yang diciptakan sendiri. Namun, kebatasan waktu yang aku lalui membuatkan aku terleka sehinggakan aku terlupa untuk menulis setiap masa seperti yang idamkan selama ini.
Menjengah waktu yang berterusan, aku ingin mempamerkan rasa rendah diri yang beraja dihati. Kenapa manusia, seringkali leka dan membiarkan kelekaan itu memusnahkan masa yang mereka ada. Tidak sedarkan kita bahawa setiap sesaat masa yang berlalu tidak mungkin dapat diputarkan semula mengikut percaturan kita. Aduhai manusia, akal diberi. Tapi tidak mengerti.
Penulis sekalipun kadang jua tersasar jalan dalam memandu arah kehidupan. Apatah lagi untuk memberi secebis nasihat dan pedoman. Itu bukanlah kelayakkan penulis. Kata indah itu hanyalah tatapan. Sekadar memberi kesejukkan hati pembaca, realitinya. Lapangkan dada tanyalah minda anda. Jangan ingat kerana manisnya gula, mampu memaniskan seluruh kehidupan anda. Kerana, manisnya gula. Semut mati akhirnya.
Semalam penulis menerima sms dari seorang kawan yang dikenali sekadar di laman maya. Penulis terkilan. Kerana dia mengatakan penulis mahu jadikan dia seorang lawan. Sekadar teman, adakalanya kita kurang sedar. Kata-kata kita itu boleh mengguris hati banyak pihak. Manusia diberikan masa untuk bersosial, bekerja, bersantai dan lakukan pelbagai perkara. Begitu juga dengan penulis. Justeru, kadang kala masa amat memcemburui kita dan penulis juga terlepas darinya. Maafkan penulis. Mudahan kata ini memberikan kita peringatan buat selamanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment