Saturday, December 12, 2009

Terciptakah Kebahagian Itu.....

Jalan yang terbentang luas, mudah untuk kita melangkah. Mencari haluan hidup yang sebenar. Adakalanya, kita tersasar. Puas kita mencari semula jalan keluar. Kita berjalan. Terus berjalan sehinggakan kita letih. Kita mengeluh mengenangkan kesusahan yang kita alami itu. Membuatkan kita tertanya pada Maha Pencipta kita. Kenapa sukar untuk diri ini menempuh bahagia. Kita tercari-cari kebahagian yang kita dambakan. Namun kita tidak sedar, kita sudah melewati satu perjalanan yang amat panjang. Melewati hari-hari berlalu. Masa yang jauh telah meninggalkan kita, hingga membuatkan kita terleka.

Persimpangan jalanan yang kita singgah. Sekadar satu lembah terhina. Kita berhenti mencari secebis kasih sayang dari insan yang kita harapakan. Kekasih. Seusai nama yang selalu kita mimpikan saat malam menjelma. Kata orang, kekasih itu adalah satu angin malam yang menghembus pantai. Menghasilkan alunan-alunan lagu yang terindah. Membuaikan manusia kealam khayalan. Kekasih memberikan cinta yang terdamba oleh setiap manusia. Musim rintih berlalu. Manusia dambakan kasih sayang itu. Teman yang diharapkan sehingga ke akhir hayat.

Perjalanan indah itu terhenti lagi. Saat kita dikecewakan oleh insan yang amat kita sayang. Kita bertanya lagi. Kenapa ini harus terjadi kepadaku?. Jawapan itu, kita kumpulkan di dalam hati yang bersarang. Kita menguis di atas pasir lautan. Sehingga kita menangis. Mengalirkan air mata kerana cinta yang tidak kesampaian. Manusia, seringkali tidak sedar. Seringkali alpa dengan kehidupan fatamorgana yang mereka hadapi dan lalui bersama.

Kali ini, cinta itu datang lagi. Bukan untuk dipersiakan. Tapi untuk dihargai dan dihayati. Cinta itu bertanya dengan alunan muzik yang sungguh indah untuk didengari. Alunan zikir. Alunan yang menyejukkan hati. Terdamba kehati, manusia itu sedar, Inilah anugerah cinta Ilahi yang amat mereka harapkan selami ini. Cinta lahir dari hati. Cinta penyejuk diri dikala sepi. Kadang Allah hilangkan matahari, Dia datangkan pula gurah, kilat & hujan yang tercurah. Puas kita meratapi kemana perginya matahari. Rupa-rupanya Allah mahukan hadiahkan kita sang pelangi yang terindah. Sebagai memori yang tidak dapat kita lupakan, Kebahagian itu ada. Bersama kita. Ada dalam hati. Seindah cinta Ilahi.

No comments:

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan