Tuesday, May 18, 2010

Senyuman Itu Merawat Kesepian..

Kata orang, bila kita tersenyum. Semua masalah kita akan hilang. Ya, itulah hakikat yang sebenarnya. Setiap kali ketawa itu datang, hati kita akan dipenuhi dengan rasa bahagia. Saat itu, kita akan pejamkan mata & hilangkan segala duka dihati.

Menanti hari itu, amat sukar. Bahagia itu ada, namun kita yang tidak mahu mengerti. Kita mengharap bahagia. Kita leka sehingga lupa. Mampukah kita menerima cinta tanpa memberi terlebih dahulu. Kata cinta itu bukan sekadar luahan. Cinta ilahi mengatasi cinta manusia.

Semakin hampir pada cinta. Kita akan rasa bahagia. Lepaskan segala duka, itulah syarat yang paling utama. Justeru, sekadar berkongsi rasa. Lebarkanlah rasa cinta & bahagia itu pada semua makhluk di atas dunia. Kita leka saat melihat orang lain menangis kerana kita anggap itu bukanlah masalah pada kita. Sebaliknya kita haruslah menangis bersamanya agar kita tahu hidup bukanlah saat untuk ketawa. Menangislah untuk hari ini kerana kebahagian akan muncul sejurus selepas kita berduka. Itulah hal dalam sebuah kehidupan.

Bila kita kembali meniti hari. Umpama burung bebas terbang pulang petang. Kembalilah kepada Pencipta Kita, Yang Berhak disembah buat selamanya. Kita akan rasa tenang & penuh rasa bahagia. Cinta itu milik mutlak Allah Yang Maha Esa.

Demi cinta suci & bahagia yang menanti. Sebarkanlah sayap bahagia ini buat semua insan yang disayangi. Salam mesra & bahagia.

No comments:

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan