Tuesday, June 29, 2010

Kembali kE sini...

Sekian lama saya menghilangkan diri dari laman yang terbina ini. Bukan merajuk ataupun membawa diri. Cuma saya seringkali terleka dengan kehidupan saya. Namun setelah bergelar student kembali, saya mempunyai ruang waktu yang terlalu banyak untuk berkongsi cerita di ruangan ini. Kembali menghabiskan masa kehidupan di sini.

Banyak hal yang berlaku dalam kehidupan saya. Berkerja dan kembali belajar. Mahu dicoretkan cerita, kiranya jari memangku papan keyboard akan lenguh seusai skrip cerita siap.Justeru, hanya sedikit coretan tanda saya kembali. Tanda saya berkongsi cerita apa juga demi kehidupan saya.

Kembali dengan identiti diri yang berbeza. Bertukar panggilan ganti nama. Namun hakikatnya saya masih lagi orang yang sama. Tiada perbezaan diri. Mungkin kemantangan kehidupan demi susulan masa lalu. Malah cerita rekaan ini bukanlah ilusi. Namun kebenaran dari hati.

Saya kembali menyambung pengajian yang telah lama saya tinggalkan. Diusia senja ini, saya seharusnya kuat mencari rezeki bukannya menimba ilmu. Namun kecetekan akal, membuatkan saya masih menuntut ilmu demi segulung diploma. Dalam bidang mekanikal, ada waktu memerlukan saya kuat dari pelbagai sudut. Kalau saya lemah, saya akan terjatuh ke belakang. Perlukan kekuatan hati. Kepintaran masa lalu. Semuanya harus saya aplikasikan demi menuntut ilmu supaya saya tidak terleka dengan masa yang panjang.

Sekarang, kehidupan saya lebih kepada kuliah dan masa lapang. Sampai ada saat, saya terlalu mempunyai ruang masa yang terlalu banyak. Tiada aktiviti menarik yang boleh saya lakukakan di sini. Hanya facebook teman setia saya. Tiap waktu dan saat. Namun saya tahu kelekaan ini membuatkan saya alpa. Buat penutup coretan ini, saya mohon doa dari insan lain yang mengenali saya semoga saya terus aman, bahagia dan mencapai semua cita-cita saya....

No comments:

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan