Wednesday, June 30, 2010

Manusia yang hipokrit...

Kembali sekadar mencoretkan sesuatu yang baru agar menjadi peringatan kepada diri sendiri. Kenapa perlu ada kebencian pada manusia, sedangkan kita dilahirkan dengan penuh kasih sayang. Tiada sedikitpun kebencian. Apatah lagi sebuah dendam. Seusai ini, cuma satu yang bahaskan. Manusia hipokrit demi kepentingan peribadi. Sukar diterjemahkan. Tetapi mudah untuk difahami.

Laluan ini berbeza, cara saya. Mungkin jauh kebelakang. Tapi saya tak pernah lupa untuk berusaha memperbaiki diri. Sekadar satu cerita paparan kehidupan di sini. Saya berkongsi jua.

Bukan maksud di sini untuk menjatuhkan sesiapa. Cuma saya ingin berbicara dari nilai perspektif yang positif. Manusia takut untuk menerima ruang yang ada. Tapi beranilah mengaku kejahilan diri. Demi perubahan masa akan datang. Saya tak menafikan, kadang hipokrit itu harus. Tapi bergantung kepada masa. Waktu berjalan, ia tidak menoleh ke belakang.

Seorang kawan pernah saya kenali suatu masa dulu. Saya tak boleh mengklafikasikan siapa dia sebenarnya pada pertemuan pertama. Namun, setelah saya amat mengenalinya. Dia cuba menjatuhkan maruah saya dari sudut berbeza. Saya tak mampu nyatakan di sini kerana ia akan mengaibkan kedua belah pihak. Cuma, pesanan ini titipan buat manusia agar meghormati pihak lain. Kenapa perlu aibkan orang lain. demi menutup keaiban diri sendiri.

Saya tidak kisah kawan yang saya kenali ini cuba menjatuh maruah saya dengan mencanangkan kelemahan masa. Mungkin pada dia, ia sesuatu yang baru dan harus diperbesarkan. Namun saya terkilan. Dia akan menganggap seseorang itu umpama sampah setelah dia memperolehi sesuatu yang dia kehendaki. Dan dia akan berlalu pergi bila dia bosan menghadapi diri. Inilah seorang kawan dalam dunia nyataan...

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan