Monday, December 29, 2008

Makna Tersurat Disebalik Azan...

Pengertian Azan:-

"Allah yang Maha besar, Allah yang Maha besar
Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah
Naik saksi aku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah kita bersembahyang, atau yang hidup wajib bersembahyang
Marilah kita menuju kejayaan atau hidup menuju kejayaan
Allah yang Maha besar,Allah yang Maha besar
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah"

Aku bukanlah orang yang bijak pandai dalam hal-hal mentafsir ini. Namun apa yang ingin aku bicarakan ini sekadar renungan kita bersama. Semoga yang baik itu kita jadikan pegangan, manakala yang buruk kita kita jadikan halangan..

Rahsia disebalik azan! Inilah persoalannya. Rahsianya, keagungannya hanyalah Penciptanya yang tahu, Namun atas pengurniaan akal ini. manusia diberi jawatan yang cukup besar. mentafsirkan sesuatu untuk kegunaan kita bersama.

Perbicaraan ini aku teruskan. Kalaulah manusia itu sedar, pasti azan akan dijadikan sumber dalam kehidupan. Pernahkah kita memikirkannya. Tepuklah dadamu, dan taksirkanlah dibenakmu. wahai teman-temanku. Sebenarnya untuk manusia berjaya di dunia ini, mahupun di akhirat, rahsianya adalah dengan azan. "Amal manusia yang utama akan dibicarakan kelak adalah solatnya, maka kiranya solat seseorang itu sempurna, maka sempurnalah jalannya. Kiranya gagal, itulah sebaliknya"..

Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita harus sedar. Untuk mencapai kejayaan kita harus bersolat. Justeru, Solatlah. Solatlah dengan sempurna. Aku menyeru kepada diriku terlebih dahulu. mudahan kita bersama-sama dapat meniti titian kelak dan bertemu di tangga-tangga syurga..

Walllahualam...

"Marilah menunaikan solat"
"Marilah menuju kejayaan"

p/s: tafsirlah rahsianya dengan akal yang dikurniakan. hargailah kehidupan ini, agar laluan yang terbina cukup mudah untuk kita hadapinya. Renungkan bersama!!

Kenali Bulan Kelahiranku...

JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai lemah lembut
mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
idea yang terlalu banyak di kepala
bersifat sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan dan pandai berkawan
orang yang sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih dan cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
sesiapa yang memuji adalah musuh
sesiapa yang menegur adalah kawan

Saturday, December 27, 2008

Laluan ini pilihanmu....

"Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurutkan hawa nafsunya dan mengharapkan keampunan Allah swt. tanpa beramal"..
(Hadis)


"Sesungguhnya hidup ini sering teruji,malah kadang kala iman akan terhakis. Tidak selamanya kebahagiaan itu akan datang dalam hidup kita. walaupun sudah jerih kita mencarinya. Tetap hampa. Ini kerana, kadang-kadang matahari ditutup oleh awan yang tebal. Kesedihan yang dibawa oleh ketawa, ibarat panas yang mengandung hujan. Pernah kita fikirkan. Andai jawapannya tidak. Maka renungkanlah!!"


"Bertambal luasnya akal seseorang itu, bertambah luaslah hidup, dan bertambahlah datangnya bahagia. Malah kiranya bertambah sempit akal seseorang itu, bertambah sempit pula hidupnya, dan bertambahlah datangnya celaka"


"Kegagalan hanyalah satu persimpangan. Bukannya jalan mati. Andai kegagalan itu sekali. cekalkanlah hati. Kejayaan jua pasti ditempuhi satu hari nanti.."

Penerbangan Yang Terakhir..

Maklumat tentang perjalanan
Tempat berlepas > Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan > Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
Destinasi > Akhirat
Masa berlepas > Ketika didatangi malaikat maut
Masa hadir > Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempatan > Tetap, pasti dan tidak akan berubah

Syarat-syarat perjalanan
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian. Perjalanan akan dimulakan dengan meninggalkan kehidupan dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda. Semua juruterbang yang dikhaskan adalah malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat pada al-quran dan as-sunnah(hadis-hadis) Rasulullah saw. Serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk pada pakar agama @ para ulama.

Barang muatan yang dibenarkan
5 meter kain kapan putih
Kapas putih yang secukupnya
Muatan yang dipertimbangkan dalam perjalanan:-
Amal soleh
Sedekah jariah
Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
Ilmu yang bermanfaat

Perhatian
Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barang siapa yang tidak mematuhinya akan didenda dengan sekeras-kerasnya. Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, passport atau tidak mempunyai sebarang pengenalan diri hendaklah bersiap sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan. \semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik…

P/s:
Renungkanlah dan insaflah andai masih diberi kesempatan. Semoga kita sama-sama mendekatkan diri kepadaNya sehingga menempuh perjalanan yang telah ditetapkan ini..

Iwanqais

Tuesday, December 23, 2008

Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudianayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

p/s: "hargailah ibumu, ayahmu selagi mereka masih ada. kenangilah pengorbanan mereka. sesunggugnya syurga itu terletak pada kaki seorang ibu. buat ibu yang telah tiada. aku doakan agar Allah memberkati semuanya di sana. Terima kasih ibu.

Kasih Seorang Ibu..

"Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa suamiku, dosa ibuayahku, dan Engkau ampunkanlah dosa anak-anakku. Berikanlah mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doaku mengiringi mereka, kasih sayangku tulus buat anak-anakku. semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh. Yang mampu memberikan ketenanganku di alam sana nanti. Amin"

Pagi itu hatiku meruntun sayu. Aku tersedar dari tidurku. setelah aku terdengar sayup-sayup suatu suara yang merintih kesedihan. Alangkah hibanya hatiku mendengar rintihan seorang ibu. yang merintih demi anak-anaknya. doakan kesejahteraan seorang anak tanpa mendoakan kebahagiaan sendiri. Inilah kemuliaan hati seorang ibu..

Pengorbanan mereka tiada gantinya. aku masih ingat lagi. sewaktu itu aku masih kecil. dalam kiraanku aku masih bersekolah rendah. tahunnya aku tak pasti. Aku demam panas ketika itu. aku merintih kepayahan. namun apa yang aku lihat. Ketulusan insan yang bernama ibu. yang setia menemani anaknya dalam kesakitan. ibu tak pernah meninggalkan aku walau sesaat. setiap permintaanku dia tunaikan. dia menemani aku semalaman sambil menuap tuala ke dahiku. sehingga aku tertidur, ibuku masih mengerja rutin itu.

pagi itu aku tersedar, dan demamku kembali pulih. aku melihat sekujur tubuh setia menemaniku. ibuku terlelap kiranya disebelahku. sambil tangannya masih memegang tuala. mulianya dirimu ibu. kasih yang tak mampu aku balaskan. aku melihat jari-jari runcingnya yang mula mengecut. mungkin sebab semalaman ia bermain air untuk menuap dahiku yang panas. lalu aku menarik tangannya. aku mencium sepuas hatiku. aku berdosa padanya. aku selalu menyusahkan ibuku. ayahku. dan aku lupa pengorbanan mereka.

ibu, maafkan aku kerana aku abai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik. mudahan masih ada kesempatan untukku membahagiaankan ibu. aku selalu melihat air mata ibuku, aku tak pasti samada air mata bahagia atau sengsara. namun doaku. aku harap aku dapat membahagiaankan ibuku nanti sehingga ke tangga-tangga syurga. itu janjiku yang harus aku tepati. buat ayah, aku juga mendoakan kesejahteraanmu. selamanya.

Terima kasih ibu, dikaulah insan tersayang bertakhta dihatiku....

"Ya Allah, janganlah sampai aku menderhakai kepada kedua orang tuaku. Hiasilah aku dengan kasih sayangMu agar aku mampu membahagiakan mereka selagi aku termampu. Amin"

Nukilan,
iwanqais..




Sahabat...


ku layarkan kerinduan,
dilautan memori,
mengimbau kenangan indah,
yg menyentuh emosi.

masih segar di ingatan,
saat mesra berputik,
hadirmu bawa sinaran,
cahaya inspirasi.

sahabat... kau sesungguhnya,
temanku dikala suka dan lara
tika ku buntu diselubungi sendu,
kau tiupkan ketabahan
untukku ukir semyuman.

bagaikan embun,
dikala terbit fajar,
kau pergi jauh mengejar cita,
menggapai redha yg Esa.

duhai sahabat dengarkanlah,
bicara hatiku ini,
meskipun jarak memisahkan,
namun tiada nokhtah kasih.

biarlah takdir menentukan,
nilai ukhwah yg terjalin,
teruskanlah perjuangan,
hingga ke titisan darah terakhir.

p/s: Sayangilah sahabatmu selagi ada waktu..

iwanqais

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan