Saturday, July 24, 2010

Pernahkah Kita Fikirkan?.....



Sekadar menambah ilmu didada. Aku kembali ke ruang yang terbina. Sebenarnya, sejak bergelar pelajar kembali. Aku punyai banyak masa yang terluang. Inilah untungnya menjadi pelajar. Hanya belajar dan terus belajar. Tapi, sejauh manapun kita belajar. Kita tetap kena kembali kepada hukum alam.

Alhamdulillah, akhirnya impian aku untuk membeli sebuah Camera DsLr terkabul jua. Thanks My Mum. Kamulah ibu yang terbaik. Tanpa kamu, impian saya tak kan tercapai. Sebabnya, sebahagian duit simpanan saya masih tak cukup. Justeru ibu memberikan sedikit wang buat saya. Begitu juga dengan My Father. Dia juga ada menambah sedikit sebanyak untuk cukupkan duit beli camera ini.

Aku sangat bertuah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Walaupun hakikatnya aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Aku bersyukur sangat. Kerana walaupun miskin, kami masih tetap dapat teruskan kehidupan dalam hal yang amat menggembirakan. Benarlah kata orang, harta yang paling bermakna dalam dunia ini adalah kasih sayang. Atas sebab ini, kami hidup dalam kebahagiaan.

Berbalik kepada percaturan ini. Apa yang aku ingin coretkan adalah mengenai sepohon pokok padi. Kita jarang perhatikan. Sebenarnya, pepatah ada menyatakan. Ikutlah resmi padi, semakin menunduk semakin berisi. Itulah hakikatnya. Padi amat pemalu. Dia tidak seperti lalang yang bongkak ditiup angin. Sehinggakan sampai satu tahap, lalang ini akan menyemakkan permandangan. Tidak seperti pada. Dimana ia sangat bermakna. Tanpa padi, kita tidak akan dapat sesuap nasi. Justeru, padilah sumber makanan asasi kita. Gunakanlah akal untuk memikirkannya.

Ya, jarang sekali kita fikirkan betapa susahnya petani itu. Aku berbicara di sini sebab ayahku seorang petani. Adawaktu, aku sedih melihat keringat peluh ayahku di sawah. Dari permulaan benih hinggalah kepada sepetak sawah padi. Namun tiada siapapun mengerti kesusahan seorang petani itu. Lumrah dunia, kesenangan yang dikecapi membuatkan kita lupa pada asal usul kita.

Aku juga bukanlah manusia yang sempurna. Namun aku berusaha untuk menjadi sesempurna yang mungkin bagi laluan kehidupan ini. Adakala aku tersasar, aku mohon dikembalikan kepada jalan yang benar. Ya, kehidupan bukanlah mudah seperti yang kita jangka. Salah menongkah arus, kita akan tersasar.

Semoga titipan kali ini bermakna buat kalian dan juga diriku sendiri. Ilmu bukanlah untuk disimpan dalam kenangan, tetapi ilmu itu harus disampaikan dan diamalkan sepanjang kehidupan.

No comments:

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan