Monday, January 4, 2010

ATIKAH HAIRA

Shah dah makan?. Itulah bibit soalan pertama yang keluar dari mulut Haira tatkala bertemu dengan Shah Iskandar di taman permainan tempat mereka selalu bertemu. Kalau dihitungkan, sudah hampir dua bulan mereka tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan tugasan harian sehinggakan tiada kesempatan masa untuk mereka bertemu bermadu kasih.

Shah hanya memandang Haira tanpa menjawab soalan yang diajukan. Baginya rindu yang membajai hati perlu ada tuntasnya. Dia senang hati melihat Haira petang itu. Sepasang baju kurung biru air laut yang dikenakan Haira amat meruntuk hatinya. Kalau diikutkan perasaan, ingin sahaja dia memeluk Haira di situ. Namun kewarasan akal masih menguatkan keimanannya. Dia sudah berjanji pada dirinya, bahawa dia tidak akan menyentuh Haira sehinggalah saat Haira menjadi Isterinya.

Haira masih betah menanti jawapan dari Shah. Matanya liar memandang keliling. Lintas hatinya, tempat itu masih belum ada sebarang perubahan. Walaupun sudah hampir dua bulan dia tidak ke situ bersama Shah.
”Shah, Ira tanya ni. Kenapa Shah diam sahaja?. Shah tak sihat ya?.” Haira terusan bertanya soalan kepada Shah walaupun Shah masih diam seribu bahasa. Hanya sesekali Shah memandangnya dan melontarkan senyuman yang meruntun jiwanya. Manis sekali senyuman Shah.

Haira masih ingat lagi pertemuan pertama mereka. Ketika itu Haira sedang menyeberangi jalan untuk ke kedai makanan segera. Lepas pandang, dompetnya tercicir ketika dia menarik talefon bimbit yang sedang berdering lantang. Mujurlah ketika itu pemuda yang dibelakangnya perasan dan terus memanggilnya. Mulanya, Haira agak marah kerana pemuda itu mengganggu perbualannya. Namun, apabila terpandang dompet yang di pegang pemuda itu barulah dia sedar betapa cuainya dia. Mujurlah pemuda iru baik hati dan tidak mengambil kesempatan. Sejak itulah, dia mula berkenalan dengan insan yang bernama Shah Iskandar Shah Majid itu.

Bersambung...

Wednesday, December 23, 2009

Catatan Duka Semalam.

Dalam meniti kehidupan, adakalanya saya terbabas ke persimpangan jalan. Puas saya menoleh mencari tanda untuk teruskan perjalanan. Akhirnya tewas juga dipersimpangan yang terakhir. Benarlah kata orang, ”beban yang tertanggung, lebih berat dari mata yang memandang”. Justeru, seusai masa yang ada, saya cuba mencari kekuatan hati dalam membina laluan sendiri.

Saya sering bertanya pada teman, terciptakah kebahagian itu buat insan khilaf seperti saya?. Jawapannya, ”Ya, pasti ada kesenangan disebalik kesusahan. Allah itu tidak akan menguji di luar batas kemampuan manusia”. Ada waktunya, hati ini tersenyum gembira. Malah, hati berbunga apabila mengetahui ada rahsia sebalik kehidupan yang tertempa.

Perjalanan ini, saya teruskan dengan hati yang tenang. Namun, kali ini saya terbabas jauh ke persimpangan. Manakah jalan yang terakhir itu. Kanan, kiri atau perlu saya berlari terus ke hadapan. Saya panik sendiri. Kaku di jalanan. Pimpinan hati semakin lemah menanti, jiwa memberontak tidak bertepi. Saya termangu lagi. ”Ya, Allah. Ampunilah hambaMU ini, hamba tersasar jalan lagi”. Hati ini merintih sayu, menunggu waktu yang berlalu.

Di persimpangan yang terbina, saya mencari makna kebahagian. Itukah yang manusia dambakan?. Ya, itulah kebenaran digapai. Sukar sekali mencari makna kebahagian itu. Kerana senyuman yang terukir dibibir tidak melambangkan ketenangan dijiwa. Adakalanya, hati menangis hiba tatkala bibir mengumtum bahagia. Dimanakah penghujungnya bahagia itu?.

Penasaran hati menambahkan kerunsingan diakal. Apakah perlu saya teruskan perjalanan ini. Andai saya tertewas lagi, saya pasti akan kembali. Jalan penghujung bukan berliku. Jalan penamat jalan perindu. Allah menanti andai itulah yang saya yakini.

Tuesday, December 22, 2009

Selamat Datang 2010

Adakalanya kita terlalu awal dalam sesuatu dan hal itu amat baik bagi kita. Penulis menulis bukan sekadar kata-kata tetapi membangkit seribu makna dalam bicara. Kesempatan yang ada penulis ingin mencurahkan hal yang terpampang didada. 2009 hanya berbaki 8 hari saja lagi. Antara sedar atau tidak, masa semakin berlalu meninggalkan kita. Aduhai manusia. Benarlah, "Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian".

Mencari sesuatu kejayaan bukanlah mudah. Penulis sendiri mencari jalan yang sukar dalam kehidupan. Memori 2009 semakin dilupakan. Namun, sejarah tetap sejarah dan manusia semakin jauh melupakannya. Penulis meniti hari mencari makna disebalik 2009 yang akan ditinggalkan. Masih banyak lagi impian penulis yang tidak kesampaian. Memiliki sesuatu yang amat bahagia antara punca ketenangannya. Penulis masih mencari makna disebalik 2009.

Demi kita melangkah, kita tidak mungkin dapat berlari. Justeru, masa yang berlalu mustahil dapat diputarkan semula. Hanya memori yang tercipta sahaja kita dapat memutarkannya. Ambillah masa bertafakur sejenak mengimbau kembali data-data yang terkamus di sebalik 2009. Penulis masih lagi berfikir untuk menghargai sisa-sisa 2009 yang akan ditinggalkan nanti.

Kini penulis lebih peka menanti 2010 yang bakal menciptakan sejarah termanis bagi diri penulis. Banyak impian yang penulis garapkan untuk dicapai. Mudahan, 2010 tahun yang bermakna buat penulis. Selamat datang 2010, penulis menanti dengan senyuman..

Sunday, December 13, 2009

Kebatasan Waktu Merajai Hati

Dulu, aku berminat sangat untuk menjadi seorang penulis yang bebas meluahkan apa sahaja yang berada diminda. Mencurahkan segala kesusutan yang menbajai hati serta meluangkan masa untuk berkata-kata dalam dunia yang diciptakan sendiri. Namun, kebatasan waktu yang aku lalui membuatkan aku terleka sehinggakan aku terlupa untuk menulis setiap masa seperti yang idamkan selama ini.

Menjengah waktu yang berterusan, aku ingin mempamerkan rasa rendah diri yang beraja dihati. Kenapa manusia, seringkali leka dan membiarkan kelekaan itu memusnahkan masa yang mereka ada. Tidak sedarkan kita bahawa setiap sesaat masa yang berlalu tidak mungkin dapat diputarkan semula mengikut percaturan kita. Aduhai manusia, akal diberi. Tapi tidak mengerti.

Penulis sekalipun kadang jua tersasar jalan dalam memandu arah kehidupan. Apatah lagi untuk memberi secebis nasihat dan pedoman. Itu bukanlah kelayakkan penulis. Kata indah itu hanyalah tatapan. Sekadar memberi kesejukkan hati pembaca, realitinya. Lapangkan dada tanyalah minda anda. Jangan ingat kerana manisnya gula, mampu memaniskan seluruh kehidupan anda. Kerana, manisnya gula. Semut mati akhirnya.

Semalam penulis menerima sms dari seorang kawan yang dikenali sekadar di laman maya. Penulis terkilan. Kerana dia mengatakan penulis mahu jadikan dia seorang lawan. Sekadar teman, adakalanya kita kurang sedar. Kata-kata kita itu boleh mengguris hati banyak pihak. Manusia diberikan masa untuk bersosial, bekerja, bersantai dan lakukan pelbagai perkara. Begitu juga dengan penulis. Justeru, kadang kala masa amat memcemburui kita dan penulis juga terlepas darinya. Maafkan penulis. Mudahan kata ini memberikan kita peringatan buat selamanya..

Saturday, December 12, 2009

Terciptakah Kebahagian Itu.....

Jalan yang terbentang luas, mudah untuk kita melangkah. Mencari haluan hidup yang sebenar. Adakalanya, kita tersasar. Puas kita mencari semula jalan keluar. Kita berjalan. Terus berjalan sehinggakan kita letih. Kita mengeluh mengenangkan kesusahan yang kita alami itu. Membuatkan kita tertanya pada Maha Pencipta kita. Kenapa sukar untuk diri ini menempuh bahagia. Kita tercari-cari kebahagian yang kita dambakan. Namun kita tidak sedar, kita sudah melewati satu perjalanan yang amat panjang. Melewati hari-hari berlalu. Masa yang jauh telah meninggalkan kita, hingga membuatkan kita terleka.

Persimpangan jalanan yang kita singgah. Sekadar satu lembah terhina. Kita berhenti mencari secebis kasih sayang dari insan yang kita harapakan. Kekasih. Seusai nama yang selalu kita mimpikan saat malam menjelma. Kata orang, kekasih itu adalah satu angin malam yang menghembus pantai. Menghasilkan alunan-alunan lagu yang terindah. Membuaikan manusia kealam khayalan. Kekasih memberikan cinta yang terdamba oleh setiap manusia. Musim rintih berlalu. Manusia dambakan kasih sayang itu. Teman yang diharapkan sehingga ke akhir hayat.

Perjalanan indah itu terhenti lagi. Saat kita dikecewakan oleh insan yang amat kita sayang. Kita bertanya lagi. Kenapa ini harus terjadi kepadaku?. Jawapan itu, kita kumpulkan di dalam hati yang bersarang. Kita menguis di atas pasir lautan. Sehingga kita menangis. Mengalirkan air mata kerana cinta yang tidak kesampaian. Manusia, seringkali tidak sedar. Seringkali alpa dengan kehidupan fatamorgana yang mereka hadapi dan lalui bersama.

Kali ini, cinta itu datang lagi. Bukan untuk dipersiakan. Tapi untuk dihargai dan dihayati. Cinta itu bertanya dengan alunan muzik yang sungguh indah untuk didengari. Alunan zikir. Alunan yang menyejukkan hati. Terdamba kehati, manusia itu sedar, Inilah anugerah cinta Ilahi yang amat mereka harapkan selami ini. Cinta lahir dari hati. Cinta penyejuk diri dikala sepi. Kadang Allah hilangkan matahari, Dia datangkan pula gurah, kilat & hujan yang tercurah. Puas kita meratapi kemana perginya matahari. Rupa-rupanya Allah mahukan hadiahkan kita sang pelangi yang terindah. Sebagai memori yang tidak dapat kita lupakan, Kebahagian itu ada. Bersama kita. Ada dalam hati. Seindah cinta Ilahi.

Monday, October 19, 2009

Malu Itu Kesusahan Bagi Kamu..........

"Kadang kala kita tak sedar hal membuatkan kita terbiar ke belakang, Namun adakalanya kita menoleh..Kita sudah kelewatan untuk kembali ke jalan yang membahagiakan kita"...



Satu hal perlu kita tidak pedulikan adalah perasaan malu yang terdapat pada diri kita..Maksudnya cukup jelas, kita perlu malu..Tapi mengikut tempat dan kalanya..Ramai tidak sedar, kebanyakkan manusia yang gagal adalah kerana perasaan malunya.bak kata pepatah, malu bertanya pasti sesat jalannya..

Justeru, singkanlah perasaan malu yang ada padi diri kamu jika kamu ingin berjaya dan usahakan sesuatu itu dengan rajin tanpa kenal erti putus asa.."Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya"..

Thursday, October 15, 2009

Bila Aku Meniti Hari

Bukan mudah untuk kita menjadi seseorang dalam hidup ini.. Aku kembali ke tempat asal aku yang sebenar.. Tiada tempat lain yang mampu aku curahkan melainkan hanya disini.. inilah kehidupan aku tanpa aku sedar.. penat aku berlari mengejar mimpi yang tak pasti, akhirnya aku tertewas dengan jalan yang aku pilih sendiri.. Alangkah lemahnya iman ku bila aku sering tertewas apabila di uji. Inilah lumrah manusia. mudah lupa apabila diberi kehidupan gembira sentiasa..

Namun, apabila aku toleh semua. Aku telah jauh dari landasan yang sebenarnya. aku tak pasti berapa lama aku mampu bertahan. Aku cuba untuk kembali pada jalan yang sebenar, namun aku tiada kekuatan itu. Ya Allah, sesungguhnya aku tahu, Engkau tidak aku mengujiku diluar batas kemampuan ku sendiri............

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan