Tuesday, December 2, 2008

Biarlah Diriku Memahami Suratan ini...

Qalaminda bookshop tempat yang tidak asing lagi bagi Iwan qais. Itulah nama tempat yang selalu dihabiskan waktu hujung minggunya. Baginya di kedai buku itu sahajalah yang mampu menangkan hatinya setelah seminggu bekerja secara praktikal di Paradigma Engineering Sdn. Bhd. Akuinya, kerja secara praktikal di kilang itu semangnya memenatkan. Bukan sahaja fizikalnya, malah fikirannya turut sama terasa peritnya. Terpaksa dilaluinya juga setelah itu yang harus ditempuhnya. Syarat untuk lulus dengan cemerlang belajar di kolej komuniti dan merupakan satu subjek secara praktikal. Semester ketiga semua pelajar dikehendaki mengikuti Latihan Industri di firma yang telah ditetapkan. Itupun setelah dipilih sendiri oleh pelajar. Mahu atau tidak, dia terpaksa tabahkan hati melalui kehidupan sebagai seorang budak praktikal di firma itu. Tugasnya kadangkala berubah, kejap sebagai seorang mechanist, kejap pula sebagai darfman. Namun, tugas yang diberikan, harus disempurnakan dengan cemerlang yang mungkin. Itu sajalah caranya untuk dia mendapat markah yang tinggi bagi semester ini. Semuanya harus dilaluinya dengan redha. Namun dia bersyukur kerana rakan sekerja dan bosnya amat prihatin dan mengambil berat sekali. Tidak adapun rasa bosan sepanjang sudah 4 bulan dia menjalani latihan industri di firma itu. Baginya, keletihan yang dialaminya adalah kesan daripada penyakit misteri yang telah menghantuinya sejak 2 tahun yang lalu. Sebagai anak lelaki, dia harus jua tetapkan hati dan meneruskan segala kehidupan yang telah ditetapkan untuknya. Suratan Ilahi harus diterima seadanya.

Dipintas kembali, iwan qais amat gembira sekali setelah diterima sebagai pekerja sambilan di qalaminda bookshop. Sedikit sebanyak, itu dapat membantunya dari segi keewangan. Sememangnya, ekonomi sekarang amat memberansangkan. Sekiranya dia melepaskan peluang itu dan hanya mengharapkan duit dari orang tuanya sahaja, itu pastinya tidak cukup untuk dia meneruskan kehidupannya. Tambahan, dia sememangnya ingin hidup berdikari di atas kaki sendiri. Cukuplah kesusahan yang dialami keluraganya kini. Kini masanya adalah membalas segala budi orang tuanya. Nyata, pilihannya tepat sekali. Di kedai buku itulah hatinya tenang. Jiwanya berbunya riang. Masa yang terluang dihabiskan dengan membaca buku. Bukan sahaja buku-buku cerita, malah majalah, novel, buku-buku agama sampaikan ke komik, semuanya menjadi temannya di bookshop itu. Hatinya cukup gembira. Kadang, Allah datangkan guruh dan kilat. Kita mula gelabah dan tertanya-tanya kenapa. Tetapi akhirnya jawapan sudah pasti menenangkan, rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan kita pelangi yang indah. Itulah gambaran kehidupannya kini. Kalau dulu dia selalu termenung mengenangkan apalah nasibnya, namun kini tidak lagi. Dia sudah mendapat jawapan yang pasti. Jelas terpancar ketenangan di redup wajahnya. Lekok senyumannya tidak pernah pudar setelah semuanya diterima dengan keikhlasan.

Masa berlalu begitu pantas, jika dihitung. Sudah hamper 5 bulan dia bekerja di situ. Manakala ditempat praktikalnya hamper 4 bulan. Itulah jarak masa yang dia sendiri tidak pasti. Apa yang dirasanya kini, hidupnya cukup tenang. Cuma sesekali bila terkenangkan masa lampaunya, hati hibanya kembali datang. Mematahkan semua semangatnya. Dia tidak pernah lupa walaupun sekali kenangan masa lalunya. Terasanya amat sukar sekali membina kehidupan yang baru. Atas penghinaan yang diterimanya. Persoalan tentang dirinya, tarafnya, keturunannya membuatkan hatinya merajuk. Kenapa, salahkan dia ingin membina kehidupannya sendiri. Pada siapa harus dinyatakan rajuk itu. Akhirnya dia nekad. Hidup harus ada perubahan. Semuanya dia tamatkan. Padanya, semuanya harus di buangkan jauh-jauh dari hidupnya. Teman yang tidak membina harus disingkir dalam kehidupannya. Walaupun dia tahu itu bukannya perkara mudah baginya. Hidup harus diteruskan jua. Semuanya sudah ketetapan yang Maha Esa. Iwan qais sudah nekad, darilah laman mencari kawan dan teman, friendster, myspace, e-kawan, semua akaunnya tentang laman itu dipadamnya. Bukan itu saja, nombor talefon bimbitnya ditukar. Baginya kehidupan baru ini harus dilaluinya tanpa ada sebarang gangguan. Dia tidak mahu terus-terusan menerima penghinaan. Cukuplah atas penghinaan selama ini. Rajuk hatinya sudah tiada ubatnya. Penawarnya hanyalah masa depan. Bersama dengan teman-teman yang mahu mengerti. Bukannya bersama teman yang selalu menyakiti, yang menghina diri dan bukan juga bersama teman yang menuduh keburukan dirinya. Dia sedar, dia bukanlah seorang mahasiswa lagi. Rendah martabatnya jika dikira bersama temannya yang lain. Pekung di dadanya ditutupnya kini. Hatinya sudah keras. Sekeras-kerasnya. Tiada lagi kata-kata yang dapat melembutkan dirinya kini. Ketenangan lalu sudah dirampas, dan diganti dengan kenangan baru. Bairalah dia mulakan kehidupannya yang baru. Yang harus kekal baginya, buat selamanya. Dia tidak mahu sesiapapun terluka. Rela dikorbankan kebahagian dirinya, utnuk kegembiraan orang lain. Itulah ketulusan hatinya. Andainya keputusannya salah. Dia tidak akan menoleh lagi. Baginya, kaki yang melangkah kehadapan tidak seharusnya berpatah semula. Yang berlalu biarlah berlalu, yang baru harus diteruskannya. Barulah hatinya redha..



iwanqais.

07.41pm

1 comment:

About Me

My photo
Iwanqais: hanyalah sebuah nama yang ditintakan sebagai penulis di sini. Mencari keredhaan Allah atas suratan kehidupan yang terbina. Tersasar dalam hidup dan mencari jalan keluar berseorangan. Ditimpa ujian yang hampir menghilangkan kekuatan diri. Namun dia bangun semula kerana dia tahu. Allah tidak akan mendatangkan ujian diluar batas kemampuan manusia. Iwanqais seusai nama yang tercela. Mudahan kehidupan masa hadapan yang terbina, akan tercipta bahagia untuknya. Sebaris nama dalam luahan.

Demi Masa

Iwanqais

Iwanqais

Sekitar PTSB

Sekitar PTSB
Powered by Blogger.

Kejayaan Lalu

Kejayaan Lalu
Tercipta Jua Kejayaan